16🌟

375 75 32
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Jeon Jungkook. Adakah kamu sudi menerima Kim Naura sebagai isteri dan berjanji akan sentiasa menyayanginya sehingga ke akhir hayat?" Tanya seorang lelaki tua yang menjadi paderi dalam majlis perkahwinan tersebut.

"Yes I do."

"Kim Naura. Adakah kamu sudi menerima Jeon Jungkook sebagai suami dan berjanji akan sentiasa berada disisinya susah dan senang?"

Naura menelan liurnya kelat. Patutkah dia menjawab ya atau batalkan perkahwinan ni?

"Kim Naura?" Soal paderi itu sekali lagi apabila tidak menerima respon dari pengantin perempuan.

Suasana yang hening bertukar sedikit bising dengan suara-suara bisikan di dalam dewan hotel 5 bintang yang dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terdekat dan para tetamu yang lain.

Jungkook menolak pipi dalam menggunakan lidah seraya menjeling Taehyung sedikit yang sedang duduk di kerusi hadapan sekali bersama Tuan Kim dan Puan Kim.

Taehyung mengetap bibir setelah menerima jelingan dari Jungkook. Wajahnya berpaling memandang Naura yang masih berdiam diri.

"Kim Naura. Saya tanya sekali lagi. Adakah kamu sudi menerima Jeon Jungkook sebagai suami dan berjanji akan sentiasa berada disisinya susah dan senang?"

Naura tersentak dari lamunan sebelum berpaling ke arah Jungkook yang menayang riak seperti ingin marah.

"Y—yes I do."

Jawab Naura perlahan namun dapat didengari Jungkook dan paderi tersebut. Jungkook dan Taehyung masing-masing melepaskan keluhan lega.

"Congratulations. You two have become husband and wife. You may kiss your bride now."

Ujar paderi tersebut seraya mengukir senyuman manis kepada kedua-dua pengantin baru di depannya.

Jungkook dan Naura masing-masing berpaling dan memandang antara satu sama lain. Lelaki itu menayang senyuman yang sukar ditafsirkan manakala Naura hanya menayang senyuman kecil.

Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya dia mahu terima lelaki lain selain Park Jimin.

Jungkook merapatkan wajahnya ke wajah Naura perlahan-lahan sebelum mengucup lama bibir mungil isterinya.

Namun tidak pada Naura. Gadis itu hanya diam tanpa membalas kucupan tersebut.

Seisi dewan mula bergema dengan tepukan gemuruh ketika Jungkook dan Naura sedang berciuman antara satu sama lain.

"Naura..sampai hati kau buat aku macam ni.."

💟


Jimin memulas tombol biliknya dengan kasar lalu menghampiri meja belajarnya. Nafasnya turun naik. Kini perasaannya bercampur-baur.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now