11🌟

418 88 10
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

7.30 p.m.

"Naura, dah nak malam ni. Jomlah balik. Nanti omma appa awak risau." Ajak Jimin yang mahu bangun dari tempat duduknya namun lengannya pantas ditarik Naura membuatkan dia kembali terduduk.

"Saya taknak balik." Balas Naura tanpa nada. Jimin melepaskan keluhan kecil. Wajah kekasih hati ditatapnya lama.

"Awak tu kan perempuan. Tak elok perempuan macam awak keluar dengan lelaki lama-lama—"

"Saya cakap saya takkan balik selagi buaya jantan tu ada dalam rumah tu!" Cantas Naura membuatkan Jimin hilang kata-kata.

Pukk!

Jimin memegang kepalanya yang diketuk Angela dari belakang. Dia berpaling ke arah hantu tersebut dengan wajah tak puas hati.

"Kau ni..boleh tak bagi dia masa untuk tenangkan diri? Kau lainlah..balik rumah pun Jinyoung bukan ada. Lebih baik kau spend time dengan dia, bahlol!"

Ujar Angela seraya mengerling ke arah lelaki itu. Jimin berdengus. Wajahnya kembali berpaling ke arah Naura yang sedang murung.

Suasana hening menyelubungi mereka bertiga. Jimin dan Naura masing-masing sedang melayan perasaan sambil memandang ke arah tasik.

Angela memandang mereka berdua malas. Kakinya yang dilunjur dimainkan. Bosan.

'Diorang ni tak pandai berborak ke apa? Tak fun duh! Aku tengok drama korea sweet je tapi diorang? So boring!'

Kata Angela di dalam hati.

"Hey! Korang ni boringlah tak sama langsunh dengan pasangan kekasih yang aku tengok dalam tv. Nak dengar cerita aku tak?"

Naura dan Jimin lantas berpaling ke arah Angela yang sedang menayang riak bosan. Jimin mengusap tengkuk belakang manakala Naura mengusap ke dua lengannya apabila bersentuhan dengan angin malam yang sejuk.

"Cerita apa?" Soal Jimin.

"Cerita ni.. tentang diri aku masa aku hidup dulu. Aku dah lama nak cerita dekat kau Jimin cuma tunggu masa yang sesuai. Alang-alang Naura dengan aku pun dah rapat, aku nak kongsi cerita aku dekat korang berdua. Nak dengar tak?"

Naura dan Jimin terus mengangguk setelah mendengar soalan dari Angela. Jimin dan hantu tersebut sudah berkawan lebih dari 6 tahun namun Angela langsung tidak pernah bercerita perihal dirinya.

Angela menarik nafas sedalamnya kemudian menghembuskannya. Cerita perihal dirinya sebagai manusia suatu ketika dahulu dibuka.

💟

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now