51🌟

271 40 4
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"ARGHHH!!"

BOOMM!!

Leon dan Angela masing-masing mencari oksigen yang semakin hilang setelah terlambung kuat sehingga terhentam pada dinding konkrit. Angela cuba menggerakkan tubuhnya yang sakit.

Kraaakk!!

Kedengaran bunyi tulang-belulangnya  berbunyi seperti sudah retak. Dia menjerit kesakitan yang tidak terperi. Manakala Leon pula, dadanya turun naik dengan kadar yang laju. Peluh-peluh sudah membasahi satu badannya tika ini malah suhu di dalam bilik bawah tanah itu semakin bahang seperti mahu terbakar.

Dengan kaki yang bergetar-getar, Leon cuba sedaya-upaya untuk bangun. Tangannya memaut pada dinding agar tidak terjatuh. Kemudian, dia menarik senyuman sinis setelah melihat keadaan Angela yang sedikit teruk dari dirinya. Dia meludah ke tepi sebelum langkah diatur perlahan-lahan mendekati Angela.

"Puihh..lain kali jangan nak berlagak kuat sangat kalau dah rasa diri tu lemah. Kau kena ingat, Angela yang kau tu still perempuan lemah yang langsung tak tahu tentang dunia peperangan seperti ini lepastu nak memadai bertarung dengan iblis macam aku."

Leon tergelak sinis. Perlahan-lahan tubuhnya yang lemah bertukar seperti sedia kala semula. Tenaganya juga sudah dikembalikan serta-merta. Baru saja dia mahu memijak tubuh Angela yang tak mampu untuk bangun, tiba-tiba tubuhnya kaku seperti dikawal sesuatu.

"SHIT!! SIAPA YANG BERANI KAWAL AKU??!!" Leon merengus kasar. Sepasang matanya yang berwarna merah saga meliar melihat sekeliling dengan wajah yang bengang. Mulutnya terkumat-kamit membaca mantera dan akhirnya tubuhnya yang terkawal tadi bebas semula.

"Kami." Balas Melian, Bailey dan Jimin serentak sambil melangkah masuk ke dalam bilik bawah tanah tersebut. Leon merengus geram setelah melihat keadaan Jimin yang sudah pulih sebelum mengerutkan dahi memandang dua orang lelaki dan perempuan yang berada disisi lelaki itu. Leon berdecit.

"Wah..dah pandai bawak geng dari alam bunian ye? Hmm..tapi sebelum tu aku bagi kau masa 1 minit untuk tatap cinta hati kau yang dah tersungkur ni sebelum kita pula yang bertarung." Ujar Leon, riak. Dia menjuihkan bibirnya ke arah Angela yang sudah tidak sedarkan diri. Lantas mata masing-masing memandang Angela. Jimin meneguk liurnya kelat. Keadaan Angela sangat menyayat hati pada pandangannya.

"Kau dah melampau, Leon Javier." Bidas Bailey sambil menatap tajam ke arah Leon yang sedang tersenyum sinis. Leon berpaling ke arah lelaki bunian itu seraya membuka langkah.

"Aku? Melampau? Aku takkan jadi macam ni kalau binatang-binatang ni tak kacau kerja aku. Tapi, diorang degil. Nak jugak kacau kerja aku jadi aku tiada pilihan lain selain 'menyakiti' mereka—"

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now