36🌟

274 40 17
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"Jimin, bangun!" Perlahan-lahan Jimin mencelikkan matanya setelah dikejutkan oleh Bailey Aragorn. Lelaki itu mula menggeliat kecil di atas katil. Rambut hitamnya yang kusut masai dibiarkan tanpa dibetulkan.

"Jimin. Bangun. Aku nak kau pergi mandi sungai dengan Melian." Arah Bailey tanpa nada. Sepasang mata Jimin yang sepet terus terbuka luas setelah mendengar nama Melian disebut.

Lantas lelaki itu bangun dari perbaringan dan meregangkan otot-ototnya. Bailey hanya diam melihat tingkah laku manusia di depannya ini. Dalam fikirannya ingin saja dia menanyakan beberapa soalan kepada Jimin namun ditanamkan saja niatnya itu.

"Kenapa aku perlu mandi sungai dengan Melian? Berdua? Kau tak mandi sekali?" Soal Jimin bertalu-talu dalam keadaan masih mamai. Bailey hanya menggelengkan kepalanya saja tanpa bersuara.

"Jangan banyak tanya, boleh tak? Aku takde mood nak jawab soalan-soalan kau. Sekarang aku nak kau pakai baju lepastu ambil tuala dan baju aku dalam almari tu. Aku nak kau ikut Melian pergi mandi sungai nanti aku bawa kau balik ke alam manusia dan selesaikan tugasan kau dengan segera." Jelas Bailey lalu berlalu keluar dari bilik tetamu meninggalkan Jimin yang terpinga-pinga.

"Aku..taknak balik ke alam manusia. Aku nak tinggal sini dengan Melian—" ucap Jimin lirih seraya menguak rambut hitamnya ke belakang. Dia kemudiannya menghelakan nafas kecil. Rasa sedih untuk tinggalkan kekasihnya sendirian. Namun, dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana dapat pulang ke alam manusia kembali.

Lambat-lambat lelaki itu bangun dan turun dari katil lalu melangkah ke arah sebuah almari coklat yang diperbuat daripada kayu. Sehelai tuala mandi dan sepasang baju berwarna putih dikeluarkan.

Setelah itu, langkah kaki diatur ke ruangan tamu seraya menghampiri Melian yang sedang duduk di kerusi kayu panjang di ruangan utama itu. Melian yang perasan kehadiran kekasihnya mengukirkan senyuman manis buat Jimin manakala Jimin terkelu seketika. Langkah kakinya terhenti di dada lantai sambil menatap Melian.

"Selamat pagi Jimin! Jom mandi sungai dengan Melian?" Ujar Melian teruja namun beberapa saat kemudian, keningnya bertaut apabila melihat Jimin yang menatapnya tanpa berkelip walaupun sesaat.

"Err—kenapa pandang saya macamtu?" Soal Melian dengan kerutan di dahi. Jimin yang baru tersedar terus menggelengkan kepala kecil. Kenapa aku asyik fikir bukan-bukan ni?!

"T—tak. C..cuma kenapa kau pakai macamtu? Sengaja nak buat aku tergoda ke? Sorry sikit ye aku tak pernah tergoda dengan pemakaian kau macam tu. Klasik sangat! Tak seksi langsung!" Protes Jimin lalu terus melangkah keluar dari rumah kayu milik orang bunian tersebut. Melian masih tercegat di tempatnya memproses kata-kata Jimin sebentar tadi.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now