34🌟

284 50 13
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"N—NAURA?!"

Terkejut Melian dibuatnya apabila disergah sebegitu. Kemudian, dia mengerutkan dahi apabila Jimin menggelarnya 'Naura'.

"Naura? Siapa Naura? Saya Melian Luthien." Jawab Melian. Kali ini Jimin pula yang mengerutkan dahi. Melian Luthien? Kenapa muka dia sama macam Naura? Naura bunian ke atau ada dua identity?

"Eh kau jangan tipu akulah Naura! Kau ni apa sebenarnya? Bunian ke manusia? Mana suami kau, Jungkook? Bukan kau dah bahagia ke dengan dia sampai lupakan aku?" Soal Jimin bertalu-talu. Berang rasanya apabila bekas kekasih sendiri buat-buat lupa akan dirinya yang menderita disebabkan cinta yang bertepuk sebelah tangan.

"Apa awak cakap ni? Siapa Naura? Siapa Jungkook? Bila masa saya kahwin? Dan..siapa awak? Kita mana kenal antara satu sama lain." Bidas Melian bertalu-talu. Dia pula rasa berang apabila Jimin menyoalnya seperti itu. Kenal pun tidak! Tiba-tiba nak memarah macam ni.

"Hei apa korang berdua gaduhkan ni? Melian?" Soal seorang lelaki berambut hitam dan berbaju putih. Dia baru saja pulang dari pekan, sampai saja rumah dia terdengar suara orang sedang bertekak di ruang tamu.

"Abang! Tengok Jimin ni! Adik tak kenal pun dia tiba-tiba dia tuduh adik macam-macam lepastu panggil adik, Naura

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Abang! Tengok Jimin ni! Adik tak kenal pun dia tiba-tiba dia tuduh adik macam-macam lepastu panggil adik, Naura. Ni semua atuklah ni punya pasal! Bawak manusia ni masuk rumah kita!" Adu Melian seraya menghampiri abangnya dengan wajah masam mencuka.

"T—Taehyung?" Lelaki tersebut terus berpaling menghadap Jimin seraya mengerutkan dahi begitu juga Melian. Apa yang manusia ni merepek? Taehyung? Naura?

"Kau siapa? Aku bukan Taehyung. Nama aku Bailey Aragorn." Jawab Bailey seraya menatap Jimin. Jimin memegang pelipisnya seraya melepaskan keluhan berat. Apa yang sudah berlaku ni? Kenapa semua orang yang dia kenal ada dalam alam bunian? Macam mana dia boleh sampai ke sini sedangkan dia ada di dalam Dead Forest? Mana Jack?

"Boleh tak kalau korang semua terang pada aku apa yang jadi sebenarnya? Macam mana aku ada dekat sini sedangkan aku sebenarnya berada di tempat lain? Macam mana aku nak keluar dari alam bunian ni? Korang ni pula siapa?! Macam mana wajah korang boleh sama macam manusia?! Naura?! Kau betul-betul dah lupa aku ke atau sebenarnya kau ni bunian sejak kita berjumpa pertama kali di universiti dulu?! Kau sorokkan identiti kau yang sebenarnya dari aku ke?!"

Soal Jimin bertalu-talu dengan nada suara yang tinggi. Dia sudah penatlah! Kenapa dia perlu jadi seperti ini? Berapa lama lagi sebelum ianya akan berakhir? Tujuannya cuma satu! Hanya untuk mencari jasad Angela saja! Dia tak mahu nak hadap benda ni lagi!

"Eh awak ni kenapa ha?! Boleh tak berhenti panggil saya Naura?! Saya Melian Luthien dan ini abang saya Bailey Aragorn! Mana lah saya tahu macam mana awak boleh sampai sini! Atuk saya yang bawak awak ke sini! Saya kesini untuk rawat luka awak saja! Perluke sampai tengking saya macam ni?! Huh.." Balas Melian dengan suara yang lebih tinggi. Dia mendengus seraya berpaling dari memandang Jimin.

Lantas kakinya diorak meninggalkan kawasan ruang tamu dan terus masuk ke dalam biliknya. Pintu dihempasnya sekuat hati. Bailey mengeluh kecil lalu mengambil tempat di kerusi bersebelahan Jimin. Badanya disandarkan pada kerusi tersebut.

"Jimin. Duduk dulu." Arah Bailey seraya menatap manusia di depannya itu. Jimin yang masih berang dan pening terus melabuhkan punggung dengan kasar di sisi Bailey. Bailey hanya diam sambil menggelengkan kepala. Beg rotan yang berada di atas meja dicapainya lalu dikeluarkan barang-barang perubatan tradisional.

Jimin menjongketkan keningnya melihat tingkah laku Bailey.

"Kau buat apa ni?"

"Nak ubatkan luka kau lah. Bukak baju tu biar aku yang ubatkan." Arah Bailey dingin. Jimin lantas membuka bajunya yang sudah terkoyak itu. Di ruang tamu hanya ada mereka berdua saja jadi tak perlulah dia nak malu untuk buka baju.

Bailey lantas membersihkan luka-luka Jimin yang sudah kering lalu menggunakan alatan perubatan tradisional orang bunian untuk mengubati luka-luka dalam. Tekun saja lelaki itu membuat kerja tanpa bersuara. Jimin berdehem untuk menghilangkan rasa janggal diantara mereka berdua.

"Maafkan aku sebab tertengking korang berdua tadi. Aku teremosi pula." Pohon Jimin meminta maaf. Bailey hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya saja.

"Nanti aku nak kau mintak maaf pada adik aku pula. Dia satu-satunya adik yang aku ada tahu tak? —Erm..aku sebenarnya ada beberapa soalan nak tanya kau ni.."

"Apa dia?"

"Macam mana kau boleh ada dalam alam bunian ni? Kau ada apa-apa tujuan ke datang ke sini?" Soal Bailey ingin tahu. Jimin mengangkat bahunya tanda dia sendiri tidak pasti.

"Aku pun tak pasti macam mana aku boleh masuk dalam alam bunian. Aku sebenarnya dalam hutan kematian. Aku perlu mengharungi tiga level dalam hutan tu untuk aku selamatkan sahabat aku yang sedang merana dalam genggaman iblis durjana. Aku nak tolong dia. Tapi sekarang? Aku dah terkandas dekat sini sampai tak jumpa jalan keluar."

"Aku rasa kau ni suka ambil risiko masuk ke dalam hutan kematian tu. Yang aku tahu, manusia yang masuk dalam hutan tu akan mati di level pertama. Macam mana kau boleh lepas sehingga level kedua?" Soal Bailey lagi.

"Oh! Jadi sekarang aku berada di level kedua ye? Level alam bunian? Wah menarik..kalau diikutkan aku pun tak dapat lepas level pertama. Tapi, dengan bantuan 'kawan' aku, aku dapat lepas level tu. Sekarang dia dah lesap hilang entah ke mana. Aku cuba panggil dia menggunakan deria keenam aku tapi tak berjaya.." ujar Jimin lirih. Dia rasa tidak bersemangat pula untuk meneruskan perjalananya yang panjang kerana ketiadaan Jack di dalam mindanya.

"Aku rasa buat sementara waktu ni kau tinggallah di alam kami. Rehatkan diri kau. Aku tahu kau penat lepas harungi level pertama. Badan kau juga banyak luka-luka dalam. Lepas kau sembuh nanti, aku akan cuba bawak kau keluar dari sini." Ujar Bailey seraya tangannya lincah mengemaskan alatan perubatan yang digunakan untuk merawat luka Jimin.

Jimin menghelakan nafas kecil. Betul juga apa yang dikatakan Bailey. Dia perlu berehat juga kerana nanti dia akan bertarung nyawa di level ketiga. Tapi..bagaimana dengan Angela? Bila iblis itu mahu melakukan ritualnya terhadap Angela? Kalau dia kekal disini dengan masa yang sentiasa berjalan, adakah itu dikira buang masa?

Siapa lagi penting? Angela atau dirinya?

"Ini bilik kau. Rehatlah dulu. Malam nanti kita makan malam sama-sama. Kembalikan tenaga kau yang hilang tu.." tutur Bailey seraya mengukirkan senyuman kecil. Jimin mengangguk dan membalas senyuman orang bunian tersebut.

Bailey menepuk sekali bahu Jimin lalu berlalu pergi meninggalkan lelaki itu di bilik tetamu.

TBC
☄️

Sorry boshan..huhuhuhu please vote and comment! Kalau readers pening dgn storyline ni sila bagitahu shaf ye?❤️

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now