53🌟

325 41 31
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

"A..abang..apa bendanya t—tu??" Soal Melian tergagap-gagap tanpa melepaskan pandangan dari makhluk hodoh tersebut. Seumur hidupnya, dia tak pernah lagi berdepan dengan makhluk sehodoh dan sebesar itu. Peluh sudah mulai keluar dari pori-pori di kulit wajahnya.

Bailey juga terkedu dengan apa yang disaksikan di depan mata. Sudahlah tenaganya semakin habis. Leon Javier pula sudah bertukar pada 'bentuk asalnya'. Saiznya tiga kali ganda lebih besar dari manusia biasa.

BAANGG!!

Disebabkan tubuh Leon sudah berubah kepada bentuk asalnya, bangunan konkrit itu telah menjadi sedikit roboh kerana ketinggiannya yang sedikit ketara.

"Kalian semua sudah menaikkan kemarahan aku, jadi sudah tiba masanya kalian semua akan aku hapuskan dan campak ke dalam neraka!!" Tempik Leon dengan suara yang lebih garau. Mata merahnya menatap tajam ke arah Bailey dan Melian yang terkejut melihat perubahannya.

Leon mengaum kuat pada malam itu menyebabkan semua haiwan bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Leon mengaum kuat pada malam itu menyebabkan semua haiwan bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Burung-burung yang nyenyak tidur di dalam rumah mereka turut keluar terbang di dada langit yang malam tanpa bintang.

Kilat mulai sabung-menyabung diikuti guruh yang berdentum-dentum. Sudah tahulah mereka malam itu merupakan malam yang paling bahaya dan ditakuti oleh penduduk-penduduk bumi Eropah yang tinggal berhampiran dengan hutan kematian tersebut. Malah, bunian-bunian yang sedang leka bermain di dalam hutan juga turut bertempiaran lari masuk ke dalam kediaman masing-masing.

Tanah dirasakan bergegar hebat selari dengan hujan yang mulai turun dengan lebat pada malam itu. Leon mengaum kuat sekali lagi sehingga bangunan konkrit tersebut mulai runtuh sedikit demi sedikit.

Tubuh Angela yang terbaring di atas lantai ditatap Leon seraya tergelak sinis. Baru saja dia mahu mencapai tubuh kaku tersebut, kedengaran suara seseorang menghalangnya dari berbuat demikian.

"JANGAN KAU BERANI SENTUH DIAA!!" Jerit Jimin lantang sambil menatap Leon dengan tatapan yang tajam dan membunuh itu. Leon mengetawakannya sekuat mungkin.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now