28🌟

304 56 1
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Setelah beberapa jam duduk dalam pesawat, akhirnya kapal terbang ICN 1907 selamat sampai ke Stockholm Arlanda Airport, Sweden, Europe.

Jimin yang baru bangun dari tidur setelah mendengar pengumuman dari juruterbang, menyiapkan diri untuk turun dari pesawat.

Usai lelaki itu mencapai beg dan melangkah keluar dari lapangan terbang, sepasang matanya melilau mencari kelibat teksi yang lalu-lalang di kawasan itu.

Lengannya pantas naik memberikan signal apabila ternampak kelibat teksi. Setelah teksi itu berhenti di depannya, Jimin membuka pintu kereta belakang lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Encik mahu pergi kemana?" Tanya si pemandu teksi, ramah. Jimin anggarkan lelaki itu berumur dalam lingkungan 50-an.

Jimin menarik senyuman manis buat si pemandu teksi.

"Saya mahu pergi ke Stockholm Hotel, pakcik." Jawab Jimin, ramah.

Pakcik yang memandu teksi tersebut membalas senyuman manis penumpangnya seraya mengangguk.

Teksi yang dinaiki Jimin mulai bergerak di atas jalan raya. Jimin yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Eropah, rasa terpegun melihat suasana dan kehidupan masyarakat di negara ini.

"Siapa nama kamu dan dari mana kamu datang?" Tanya pakcik teksi memecahkan kesunyian di antara mereka.

Jimin yang sedang melihat keluar tingkap berpaling memandang pakcik teksi yang masih fokus pada pemanduannya.

"Saya dari South Korea, nama saya Park Jimin. Pakcik pula?"

"Nama pakcik, Albert. Jimin holiday sorang-sorang ke ataupun ingin berjumpa dengan saudara-mara yang menetap disini?"

Jimin menggeleng sebelum membuka mulut.

"Saya datang sini bukan untuk bercuti, tapi saya ada tanggungjawab yang perlu saya galas." Tutur Jimin.

Pakcik Albert memandang penumpangnya melalui cermin pandang belakang sebelum sepasang matanya kembali fokus pada jalan raya.

"Kalau kamu tak keberatan mahu jawab, boleh pakcik tanya? Tanggungjawab apa ya?"

Jimin diam seketika. Bolehkah dia beritahu yang dia mahu mencari jasad Angela? Nanti dia akan dilabel gila sekali lagi oleh pakcik tersebut. Sudahlah di Korea dia dilabel gila, takkanlah di Eropah pun sama?

"Erm..sebenarnya saya..ermm..mahu cari kawan saya yang hilang disini. Sudah lama— dia tak pulang.." jawab Jimin ragu-ragu. Pakcik Albert menganggukkan kepalanya.

"Ermm..pakcik..pakcik tahu tak tentang apa-apa mitos yang popular dekat Eropah ni?" Soal Jimin ingin tahu.

Entahlah mengapa tiba-tiba dia rasa mahu mengambil tahu tentang mitos-mitos yang pernah tersebar di negara ini suatu ketika dahulu?

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now