39🌟

267 47 7
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

5.00 a.m.

Langkah kaki Taehyung diatur menaiki satu persatu anak tangga sehingga tiba ke puncak istana milik Jeon Jungkook. Cermin mata hitam dikeluarkan dari poket sut berwarna hitam lalu dipakainya. Rambutnya yang serabai dikuak kebelakang apabila ditiup angin sejuk di waktu subuh.

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak bersama pemetik api lalu rokok tersebut diselitkan di antara dua ulas bibir miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak bersama pemetik api lalu rokok tersebut diselitkan di antara dua ulas bibir miliknya. Selepas itu, puntung rokok dicucuhkan pada pemetik api tersebut. Dihisapnya rokok itu lalu menghembuskan kepulan-kepulan asap ke udara.

Dia hanya berdiri tegak sambil sepasang matanya hanya memerhatikan Namjoon dan pekerja-pekerja lain memasukkan barang-barang ke dalam dua buah helikopter. Seketika, matanya terpacak pada dua buah guni yang berada berdekatan dengan helikopter di sebelah kiri. Terus langkah kaki dibuka merapati guni-guni tersebut kemudian mencangkung.

Taehyung memasang sebuah topeng pada wajahnya agar tidak terlihat oleh Tuan Kim dan Puan Kim. Kemudian, guni-guni itu dibuka sehingga menampakkan sekujur tubuh Tuan Kim dan Puan Kim yang berpeluh kerana terlalu lama berada di dalam guni tersebut. Nafas mereka kedengaran sangat perlahan dan tersekat-sekat.

"Dah berapa lama korang sedar? Ingatkan dah mampus bila aku masukkan korang dalam guni ni.." ujar Taehyung dingin disebalik topeng. Puan Kim membuka matanya perlahan-lahan seraya memandang ke arah Taehyung. Riak wajahnya terlihat amat takut dalam masa yang sama sedih dan kecewa kerana diperlakukan sebegitu rupa oleh anak sendiri.

"Tae..lepaskan omma dan appa, Tae..tsk..sampai hati Tae buat omma macam ni—"

"Siapa anak kau? Siapa Tae? Aku takde omma dan aku takde appa..aku anak yatim piatu." Potong Taehyung membuatkan Puan Kim terdiam. Air matanya mula jatuh membasahi pipi. Sampai hati Taehyung berkata begitu di depannya? 9 bulan dia mengandungkan Taehyung dan bertarung nyawa melahirkan lelaki itu tapi ini yang dia dapat?

"Maaf..aku takde masa nak layan drama queen kau ni perempuan tua..sedar diri sikit, kau tu cuma bawah tapak kasut aku je sama macam lelaki tua tak sedar diri tu..sekarang ni aku nak korang berdua bertahan untuk sedikit masa lagi sebelum aku keluarkan korang dari sini. Tapi, korang belum tentu selamat sebab kau akan dijadikan jamuan untuk 'kami' nanti. So, segala keseksaan korang akan berakhir serta-merta dan pergi buat selama-lamanya." Kata Taehyung dengan nada sinis lalu terus mengikat guni-guni itu semula. Rintihan dan seruan dari Puan Kim dibiarkan sepi tanpa dibalas.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now