52🌟

274 40 5
                                    

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-----

Jinyoung melangkah ke arah ruang tamu lalu punggung dihenyak pada sebuah sofa panjang di depan tv. Air kopi panas buatannya diletakkan di atas meja seraya mencapai remote control. Baru saja dia mahu menekan butang on, tiba-tiba frame yang tergantung di dinding jatuh ke lantai dan menghasilkan bunyi kaca pecah.

PRANGG!!

Terkejut Jinyoung dibuatnya. Dada diusap perlahan-lahan sebelum mengangkat punggung dari sofa. Langkah diatur menuju ke arah frame yang sudah pecah kacanya lalu dia menunduk dan mencapai frame tersebut.

Dia menghelakan nafas berat. Frame yang terpapar gambar Park Jimin yang sedang tersenyum ditatap lama. Dua ulas bibirnya menarik senyuman nipis.

"Bila kau nak balik, Jimin? Kau tahu tak aku rindukan kau?" Monolognya kemudian nafas berat dihelakan. Sudah masuk sebulan lebih Jimin tidak pulang ke bumi Korea Selatan. Dia rindukan satu-satunya adik lelakinya itu.

Hanya Jimin yang dia ada sekarang. Tuan Park dan Puan Park sudah lama meninggalkan mereka dua beradik sejak mereka kecil lagi akibat daripada nahas kemalangan kereta. Sejak dari kecil mereka berdua dibesarkan di kampung oleh datuk dan nenek mereka.

Sekarang orang-orang tua itu juga sudah meninggal dunia ketika Jinyoung berumur 16 tahun dan Jimin 14 tahun. Datuk Park meninggal disebabkan sakit jantung manakala nenek Park pula disebabkan sakit tua. Mulai dari hari itu, Jinyoung bertekad untuk berhenti sekolah dan berhijrah ke bandar mencari kerja agar dapat menyara mereka dua beradik.

Manakala Jimin pula dipaksa untuk menghabiskan sekolah dan sambung belajar di universiti tempatan. Jinyoung tidak mahu adiknya susah untuk dapatkan kerja yang baik kelak, biarlah dia saja yang bekerja dan mencari nafkah demi mereka berdua meneruskan kehidupan tanpa ibu bapa disisi. Asalkan Jimin bahagia dan senang di kemudian hari.

Frame yang terjatuh itu diletakkan di atas meja lalu kaca-kaca yang berterabur di atas lantai disapu sehingga bersih. Selepas semuanya selesai, Jinyoung kembali ke sofa semula untuk merehatkan tubuh yang masih letih setelah bekerja.

Dadanya dipegang. Dia tidak tahu mengapa malam ini jantungnya berdegup laju. Sejak kebelakangan ini dia selalu berasa tidak sedap hati. Air kopi yang suam dicapai untuk diminum. Namun, sekali lagi dia dihambat kejutan apabila cawan kaca tersebut terlepas dari tangannya.

"Auch!" Rintihnya apabila serpihan cawan kaca tertusuk pada ibu jari kaki kanan. Jinyoung mengerang kesakitan. Lantas serpihan tersebut dicabut dan menyebabkan darah merah keluar dari ibu jari kakinya.
Tisu kotak dicapai seraya menekap pada ibu jari kaki.

"Kenapa hati aku tak sedap ek malam ni? Jimin kau ok tak dekat sana? Kau buat aku risau tahu tak? Bila kau nak balik?" Jinyoung memegang dadanya yang kian berombak. Dia tak pasti sama ada nalurinya ini benar ataupun salah.

[C] SIXTH SENSE | 박지민Where stories live. Discover now