CHAPTER 1

2K 147 4
                                    

Seperti biasa Rin dan Raizo tiba bersama di academy. Teman sekelas Raizo juga sudah menanti kedatangan mereka di pintu gerbang academy.

"Kembar ni tak sah kalau tak datang lambat." Kata salah seorang teman nya yang bernama Shiro.

Saito Shiro, memiliki dua ability iaitu element api dan penerapan kuasa.

"Rin yang lambat siap." Balas Raizo.

Kaneko Raizo, cucu kepada Raja kerajaan Auzora. Ability nya pula adalah element api dan penerapan kuasa.

"Sorry aku telajak tidur." Balas Rin dengan ringkas.

Kaneko Rin, adik kepada Raizo sekaligus kembaran nya. Dia memiliki ability element api dan kuku besi.

"Orang cantik memang kena banyak tidur kan Rin kan." Salah seorang lagi rakan Raizo bersuara.

Miura Asyura.. ability nya adalah element air dan penerapan kuasa

Kring......kring......kring

"Sai belum sampai lagi ke?" Tanya Asyura.

"Mungkin dah masuk dulu." Kata Raizo.

"Ohh kalau macam tu takde guna kita tercegat kat sini lagi kan?" Asyura tidak menyedari teman teman nya telah masuk ke dalam academy terlebih dahulu.

"Kau sorang jer yang tercegat kat situ." Kata Shiro yang berada jauh di hadapan bersama Raizo dan Rin.

"Eh tunggu." jerit Asyura kemudian berlari mengejar mereka.

***

Tiba di dalam bangunan sekolah, Rin berjalan menuju kelas nya sendirian. Manakala Raizo, Shiro dan Asyura pula berjalan menuju ke kelas mereka bersama.

Dalam perjalan, mereka terserempak dengan teman mereka yang bernama Sai, bersama seorang gadis berkulit putih pucat yang tidak mereka kenali.

"Ohayou, sorry aku masuk dulu tak tunggu korang." Kata Sai kepada teman teman nya itu.

Kiyomizu Sai, ability nya iaitu element angin dan juga penerapan kuasa sama seperti Shiro, Asyura dan Raizo.

Mereka tersentak seketika melihat gadis bermata merah itu.

"Takpe, tapi siapa yang kau bawa ni?" Tanya Shiro.

"Ohh, budak ni sepupu aku." Jawab Sai.

"Sepupu kau? Bangsawan Murni?" Tanya Shiro lagi.

"Kalau aku bangsawan Murni, mestilah sepupu aku bangsawan Murni juga." Jawab Sai.

Sekali lagi mereka terkejut kerana jarang sekali ada bangsawan murni memiliki mata merah seperti gadis itu. Namun mereka tidak mempersoalkan nya kerana di kelas mereka juga masih ada pelajar yang memiliki mata merah.

"Tapi, kenapa aku tak dapat rasa energi shizen dia?" Tanya Shiro dengan ragu.

"Oh dia memang tak ada energi shizen." Jawab Sai.

"Eh? Biar betul? Kenapa pula?" Tanya Asyura dengan heboh.

"Aku pun tak tahu.. bawaan sejak lahir kot." Jawab Sai sambil menggaru kepala nya yang tidak gatal.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now