S2 CHAPTER 5

776 99 19
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Di sebalik hutan yang ada di gunung itu, mereka memulakan latihan. Dari pagi hingga ke petang mereka berlatih dengan menggunakan roh jahat yang ada di gunung itu.
Zenmaru mengajarkan banyak jurus serangan yang dipelajari nya ketika berada di dunia nya.

"Ini jurus paling penting untuk bertarung melawan Iblis. Jurus pembelah dimensi." Ucap Zenmaru.

"Uishh pembelah dimensi!? Tak terbelah ke bumi ni nanti? " Ucap Asyura kerana terkejut.

"Bukan lah.." kata Zenmaru sambil tertawa besar.

"Habis tu?" Tanya Asyura lagi.

"Energi Maho iblis dapat cipta satu area sebagai dimensi dorang. Contoh nya, kerajaan ni di jadikan sebagai area dimensi baru milik iblis yang akan bagi kelebihan untuk para iblis. Jadi itu lah guna jurus pembelah dimensi." Terang Zenmaru.

"Ohh.. macam tu....." Balas Asyura.

"Sebenarnya, pemahaman korang pasal energi ni dah menyimpang sikit.." kata Zenmaru.

"Menyimpang? Hmm rasanya kitaorang tak pernah ikut ajaran sesat." balas Asyura dengan wajah yang sedang serius berfikir.

"Bukan tu maksud dia bodoh." kata Shiro.

"Habis tu?" Tanya Asyura kebingungan.

Zenmaru tertawa melihat tingkah Asyura.

"Energi Shizen adalah kekuatan yang diserap dari alam. Energi Mangetsu kekuatan yang diserap dari cahaya bulan penuh dan Energi Maho adalah kekuatan yang diserap dari darah manusia.

"2 energi tu aku faham.. tapi energi Maho tu macam susah sikit nak hadam." Kata Sai.

"Macam ni, korang tahu kan segel kutukan iblis?" Tanya Zenmaru.

"Yang kitaorang tahu segel kutukan Roh jahat je." Jawab Asyura.

"Samaaa lah tuuuuu.." kata Zenmaru dengan nada sedikit kesal.

"Ohh yeke?" Balas Asyura sambil tersengih menggaru kepala.

"Contoh nya kat kerajaan yang ditakhluk iblis tu.. kat sana para iblis menyerap energi maho dengan menghisap darah rakyat kerajaan tu. Lepastu bekas gigitan diorang akan jadi segel kutukan dan segel kutukan tu jadikan rakyat tu sebagai roh jahat." Ungkap Zenmaru.

"Ohh.. macam tu." Balas Asyura

"Ehh jap jap.... jadi maksud kau, satu kerajaan tu dah dibantai iblis?" Tanya Asyura lagi.

"Iyaa, aku tak nampak ada manusia lagi kat kerajaan tu. Semua yang tinggal cuma iblis dan roh jahat." Jawab Zenmaru.

"Huuu.. tak sangka pula bijak iblis tu, dah dapat energi Maho dari manusia kat kerajaan tu, dapat pula bala tentera roh jahat untuk peperangan." Kata Asyura.

"Kan..."

"Tapi bila peperangan tu akan jadi, berapa ramai jumlah musuh?" Tanya Raizo.

"Aku pun tak pasti bila tapi nampak nya mungkin tak lama lagi. Jumlah musuh pula kira kira
150 000 roh jahat( terdiri dari rakyat kerajaan yang diambil alih )
100 000 iblis bawahan
70 000 iblis tingkat 3..
30 000 iblis tingkat 2..
1000 iblis tingkat 1 dan...
Kemungkinan ada beberapa Raja iblis tingkat tinggi yang setara dengan aku dan kemungkinan masih ada Raja Iblis bertaraf lebih tinggi dari aku" Ungkap Zenmaru.

Mereka memandang kaku kepada Zenmaru..

"Kenapa kau tak bagitahu benda penting macam ni masa kat balai hunters hari tu!!!!!!??" Ucap Raizo dengan geram.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now