S2 CHAPTER 29

734 87 12
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Mereka tiba di ruangan divisi dan menyapa Ace seperti biasa.

"Ohayyou kapten."
Ohayyou Ace."
Ujar mereka.

"Ohayyou, dah siap latihan?" Tanya Ace.

"Sudah kapten!" Jawab mereka serentak.

"Team 7,14 dan 20 macam mana? Ada khabar dari dorang?" Tanya Ace lagi.

"Belum ada lagi." Jawab Raizo.

"Kalau misi bantuan sepatutnya sekarang dah balik tapi kenapa dorang masih belum ada lagi." Ujar Ace.

"Ada hal lain lah tu kot." Kata Hiromi.

Ace hanya terangguk angguk.

Tiba tiba, Shoto iaitu bawahan Wayami datang ke ruangan divisi mereka.

"Ohayyou kapten Rainawa." Sapa Shoto.

"Ya ada apa?" Tanya Ace.

"Kesemua petinggi hunters di minta bekumpul di ruang mesyuarat sekarang, kerajaan kita di datangi pemimpin organisasi hunters dari kerajaan Sakura." Ujar Shoto.

Semuanya terkejut mendengar berita itu.

"Oh, okay. Aku akan bergerak sekarang." Balas Ace.

"Okay, bawa 5 orang pengawal untuk kapten ye." Kata Shoto.

"Perlu ke?" Tanya Ace

Shoto mengangguk.

"Baiklah, nanti aku datang." Kata Ace.

"Baik Kapten Rainawa." Balas Shoto kemudian terus pergi.

Ace berfikir sejenak untuk memutuskan siapa akan jadi pengawal nya.

"Raizo, Sai, Shiro, Asyura, Kazuke.. ikut aku." Ujar Ace.

Mereka hanya mengangguk faham kemudian mengikuti Ace.

***

Ace dan yang lain tiba di pintu ruang mesyuarat. Mereka merasa hairan kerana para petinggi lain hanya diam di saat seseorang tertawa.

Ace memandang orang yang sedang tertawa itu, dia seorang lelaki muda, mungkin berusia awal 30-an.

"Bagaimana dengan kapten divisi 6, apa kau mau menikahi ku? Kau terlalu cantik untuk menjadi hunters." Kata orang itu.

Semuanya hanya diam, mereka tidak mampu mengatakan apa apa kerana takut akan menimbulkan masalah antara kerajaan.

Ace melangkah masuk ke dalam ruangan, semua pengawal dari petinggi setiap divisi menunduk hormat kepada Ace. Hal itu menarik perhatian lelaki itu. Dia menoleh kebelakang dan lantas berdiri mengejut.

"Apa apaan kecantikan gadis ini." Gumam lelaki itu.

Wayami turut berdiri..

"Kenalkan, kapten divisi 21. Kiyomizu Rainawa." Kata Wayami.

"Kapten Rainawa, kenalkan beliau adalah Tuan Kameyo Hachiro, pemimpin organisasi hunters kerajaan Sakura." Sambung nya lagi.

Ace menunduk hormat kepada Hachiro. Begitu juga Kazuke dan yang lain.

"Pemimpin hunters semuda ni?" Gumam Raizo

"Wajah yang sungguh langka, gadis kecil seperti nya adalah salah satu petinggi hunters?" Tanya Hachiro sambil memandang Wayami.

"Benar Tuan, dia adalah hunters termuda dalam sejarah kerajaan ini." Jawab Wayami.

"Mengagumkan, tapi seperti nya aku pernah mendengar nama Rainawa." Katanya lagi.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now