S2 CHAPTER 12

744 89 17
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Pada malam hari, Wasaro serta beberapa bawahan nya datang ke rumah Kagura secara tiba tiba.

"Ada apa Tuan datang ke sini?" Tanya pengawal yang berada di luar rumah Kagura.

"Kiyomizu Ace, kami perlu menahan nya." Jawab Wasaro.

"Menahan nya? Kenapa?" Tanya pengawal itu lagi.

"Itu rahsia kerajaan, dan penahanan ini telah dipersetujui Yang Mulia, Raja Tarama." Ujar Wasaro.

Sebaik sahaja Wasaro menyebut nama Raja Tarama, pengawal itu terus membuka pagar rumah Kagura. Dia merasa bersalah kerana setelah ditugaskan untuk menjaga Ace, dia tidak mampu berbuat apa apa kerana arahan itu dari Raja nya.

Namun di atas pohon, seorang hunters bawahan Wayami bernama Shoto yang ditugaskan menjaga Ace secara senyap senyap melihat kejadian itu.

"Maaf Tuan, silakan masuk." Ujar pengawal itu.

Wasaro serta bawahan nya pun masuk ke dalam rumah dan mencari Ace.

Pintu bilik Ace dibuka, Ace menoleh dan melihat 5 lelaki.

"Kau siapa?" Tanya Ace.

"Kiyomizu Ace, kamu ditahan atas kesalahan penyerangan Kota Kerajaan Aozora dan bersekongkol dengan iblis." Ujar Wasaro.

Ace menarik nafas dan menghembus perlahan..

"Lagi? Tak habis habis sengsara yang aku dapat " Gumam Ace.

"Apa buktinya? Apa hukuman yang akan aku dapat?" Tanya Ace.

"Buktinya adalah penduduk kota, dan hukuman mu adalah hukuman mati." Jawab Wasaro tanpa ragu sambil tersenyum sinis membuat bawahan nya terkejut.

"Tuan, Tuan tidak boleh mengungkap kan hukuman terhadap tertuduh." Kata bawahan nya.

"Diam! Aku tidak meminta kebijakan mu." Ujar Wasaro membuat bawahan nya diam.

"Sebaiknya jangan ganggu aku." Ujar Ace.

"HAHAHAHA... kau fikir kau siapa Ratu Iblis? Tahan dia!!" Ujar Wasaro.

Bawahan nya pun maju mendekati Ace. Ace hanya pasrah di bawa oleh para hunters itu. Namun walaupun dia dibawa dengan rela, Wasaro tetap menyuntik ubat penenang pada Ace.

"Tuan, kenapa perlu suntik ubat penenang tu. Dia tak memberontak langsung pun " ujar bawahan nya lagi.

"Diam! Gadis itu Ratu Iblis, bila bila saja dia boleh membunuh mu jika dia sedar." Jawab Wasaro membuat bawahan nya terdiam lagi.

Bawahan yang dibawa nya itu adalah hunters dari divisi 8 yang diketuai oleh anak Wasaro. Mereka mengikuti Wasaro hanya kerana terpaksa.

"Aku dah peringatkan dari awal jangan ganggu aku." Ujar Ace sebelum hilang kesedaran setelah disuntikkan ubat penenang.

Ace pun diangkat keluar, hunters bawahan Wayami terus pergi setelah melihat kejadian itu. Pengawal Kagura pula tidak mampu berbuat apa apa selain melaporkan kajadian itu kepada Kagura secepatnya.

Ace dikurung dalam satu ruangan kecil yang gelap, Wasaro juga melekatkan beberapa kertas penahan energi di ruangan itu.

***

Pada malam itu, Wasaro menemui beberapa pendeta dan meminta bantuan mereka dengan menggunakan nama Raja Tarama.

"Tuan mahu kami membuka tempat eksekusi? Siapa yang akan dieksekusi? " Tanya pendeta muda itu.

"Buat masa ini, hal itu masih menjadi rahsia kerajaan tapi eksekusi mati ini perlu dilakukan secepatnya." Ujar Wasaro.

"Tapi penting untuk kami tahu siapa yang bakal dieksekusi kerana tempat itu adalah tempat suci." Ujar pendeta.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now