S2 CHAPTER 6

758 95 16
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Salah satu pendeta itu mengambil pedang dan dihunus ke arah Ace yang berdiri dengan keadaan tangan terikat ke atas. Kaki nya hampir tidak mencecah lantai.

Dia menusuk pedang ke jantung Ace dalam keadaan sedar tanpa ragu sedikit pun. Namun betapa terkejut nya mereka melihat darah yang keluar dari tubuh Ace..

"Darah putih? Dia bukan manusia.?. Makluk apa gadis ini?? Adakah dia memang terlahir sebagai iblis?" Kata Fudo.

Kesemua nya lantas berundur ketakutan..

Pendeta tadi menarik kembali pedang yang ditusuknya dan luka Ace kembali pulih..

"Apa apaan gadis ini!!.." ujar Fudo mulai gementar.

"Tubuh nya beregenerasi dengan cepat."

Dia mengambil pedang dan mengelar leher Ace.

Ace menjerit kesakitan kerana leher adalah kelemahan besar bagi dirinya..

"Sakit....." Ucap nya sambil menangis.

Namun Fudo tidak mempedulikan nya sama sekali, dia terus menerus mengelar leher Ace walaupun luka itu terus sembuh.

Begitu juga pendeta lain turut melukai Ace tanpa ragu dan rasa kasihan sama sekali. Beberapa bilah pedang ditusuk ke tubuh nya dalam masa yang sama.

"Lepaskan..!" Pinta Ace sambil meronta kesakitan.

"Iblis.. kau harus mati." Ucap Fudo.

Tangisan Ace terhenti dan dia terus tertunduk diam.
Kata kata itu mengingatkan nya kepada ucapan ayahnya.

Tiba tiba, satu ingatan muncul di fikiran nya.

Ingatan itu adalah tentang hari dimana ibunya mati sewaktu dia berusia 3 tahun.

Ingatan itu agak samar kerana terjadi sewaktu dia masih terlalu kecil. Namun apa yang dapat dilihat nya dengan jelas ketika itu adalah saat jantung ibunya dicabut .
Pada masa itu Ace membangkitkan energi mangetsu yang menghancur leburkan tubuh 2 dari 3 lelaki yang menyerang ibunya. Lelaki yang masih hidup itu mengelar leher Ace dan terus pergi bersama jantung ibunya. Namun dia tidak mengetahui bahawa hal itu tidak mampu membunuh Ace.

"Ohh, itu diri aku yang sebenarnya. Aku dah membunuh waktu usia 3tahun." ucapnya dalam keadaan tertunduk pasrah dikelar kelar oleh Fudo.

Rincian ingatan lain juga turut muncul seperti kejadian itu baru terjadi kemarin.

Namun ingatan satu ini terlalu jelas di fikiran nya, iaitu kejadian sewaktu dia berusia 9 tahun.

Beberapa hari sebelum dia tinggal bersama Kagura.
Ayah nya masih cuba membunuh nya. Ace yang dalam keadaan sudah putus asa untuk menyelamatkan dirinya dari penderitaan tanpa ragu mengambil pisau dan menusuk jantung ayah nya sendiri. Namun setelah itu dia meminumkan darah nya kepada ayah nya.

Dia masih ingat ibunya melakukan hal itu untuk membantu seseorang, Ace memiliki ingatan yang kuat dan bahkan disebut sebagai anak jenius sewaktu berusia 3tahun ketika ibunya masih hidup.

Ayah nya dibangkitkan kembali namun dalam keadaan ketakutan. Takut terhadap Ace, Ace membangkitkan mata Reiketsuna nya ketika membunuh ayah nya. Setelah kejadian itu, ayahnya menghantarnya kepada Kagura. Dan ketika tinggal bersama Kagura, ingatan nya dikunci namun Ace masih dapat mengingat sebahagian ingatan nya.

"Aku baru ingat semuanya, aku ingat semua yang jadi dengan aku. Lepas atok kunci sebahagian ingatan aku, aku jadi Ace yang baru. Aku jadi manusia berwajah kosong yang tak tahu kemukakan reaksi sendiri tapi aku rasa itu lebih baik sebab.... ingatan yang kembali ni bangkitkan satu perasaan yang tak asing dalam diri aku."

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now