CHAPTER 26

759 93 2
                                    

Keesokan harinya..

Hari ini, ujian diteruskan semula. Kazuke sudah membuka mata namun tubuhnya masih dalam keadaan yang kurang baik, manakala Ace masih tidak sedarkan diri.

Di ruangan medis..

"Ace mana?" Tanya Kazuke.

"Dia ada kat katil sebelah masih tak sedarkan diri." Jawab Raizo.

"Yang lain kat mana?" Tanya nya lagi.

"Dorang kat stadium lagi sebab ujian masih diteruskan." Ujar Raizo.

Kazuke diam..

"Apa yang jadi sebenarnya dengan Ace?" Tanya Raizo secara tiba tiba.

"Entahlah.." jawab Kazuke ringkas kemudian membalikkan tubuh nya dan menutup mata.

"Kau rehat lah dulu, kalau ada apa apa panggil aku." Ucap Raizo kemudian keluar dari ruangan medis.

****

Masa berlalu dengan pantas, ujian telah tamat dengan keputusan Gesshoku menang 21 perlawanan manakala Auzora memenangi 14 perlawanan dan selebihnya adalah seri.

Sebaik sahaja perlawanan tamat, mereka kembali ke kediaman untuk bersiap berangkat pulang kerana sepatutnya mereka berangkat pada pagi hari namun sekarang sudah hampir tengahari.

****

Di istana kerajaan Gesshoku.

"Gadis yang mampu menyerap energi Mangetsu?" Ujar Raja Eito.

"Iya Yang Mulia, gadis itu tidak mempunyai energi shizen tapi dia dapat membangkitkan energi Mangetsu seperti beberapa anggota Klan kita." Balas Jouda.

"Bukan kah itu sudah jelas? Gadis itu adalah keturunan Klan Tsukiko." Kata Raja Eito.

"Apa yang harus kita lakukan Yang Mulia? Saya pasti kerajaan Aozora tidak akan menyerahkan gadis itu begitu sahaja." Ujar Jouda.

"Kalau mereka tidak mahu menyerahkan nya, kita harus mengambil nya secara paksa. Aku tidak boleh membiarkan keturunan Klan Tsukiko dimiliki kerajaan lain. Itu adalah peraturan kerajaan kita.", Balas Raja Eito.

"Tapi, bukan kah itu boleh mencetuskan masalah diplomatik antara kerajaan? " Ujar Jouda.

"Keberadaan anggota Klan kita di kerajaan lain boleh mencetus masalah yang lebih besar di masa akan datang." Kata Raja Eito.

"Hmm benar juga apa Yang Mulia katakan.. tapi siapa orang tua gadis itu? Setahu saya, dia dijaga oleh pemimpin Klan Kiyomizu. "

"Kemungkinan ibunya adalah gadis yang lari dari kerajaan kita 25 tahun yang lalu." Ujar Raja Eito.

"Gadis itu..? Maksud Yang Mulia gadis yang telah dihukum mati oleh Raja terdahulu kerana telah menikahi bangsawan Murni kerajaan Auzora."

"Iya benar, Raja terdahulu telah mengirim beberapa Hunters kerajaan ke Aozora untuk membunuh gadis itu dan berkemungkinan gadis yang memiliki energi mangetsu itu adalah puterinya." Balas Raja Eito.

"Bukan kah ini bermakna, gadis itu terlahir dengan kekuatan yang mengerikan." Ujar Jouda ketakutan.

"Iya benar, perkahwinan antara manusia yang memiliki kekuatan Raja Hwanung serta Puteri Hwayuki (Bangsawan Murni Aozora) dan manusia yang memiliki kekuatan Putera Hwangko (keturunan Klan Tsukiko) adalah dilarang dalam peraturan Klan kita kerana anak yang terlahir akan memiliki kekuatan yang mengerikan... tapi nampak nya, apa yang kita takutkan selama ini telah berlaku." Kata Raja Eito.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now