CHAPTER 20

770 106 3
                                    

Setelah 20 minit berlalu, perlawanan pun ditamatkan dan yang tersisa di kumpulan kerajaan Aozora hanya Keiji manakala kumpulan Gesshoku pula masih berbaki 5 peserta.

Sebelum keluar gelanggang mereka saling bersalam sebagai tanda perdamaian.

"Aku harap kita dapat bertarung lagi nanti." Kata pelajar bernama Tsukiko Kaori kepada Keiji.

"Aku pun." Balas Keiji sambil tersenyum kepada lawan nya.

Kemudian mereka pun keluar dari gelanggang.

"Baiklah, sekarang kita akan beralih ke perlawanan yang kedua. Pelajar yang di sebut sila masuk ke gelanggang. Pelajar dari kerajaan Gesshoku, sila berikan tepukan kepada Tsukiko Taichi, Tsukiko Takuma, Tsukiko Yoshio, Tsukiko Aiya dan Tsukiko Etsu." Ujar pengacara majlis.

Pelajar yang disebut pun memasuki gelanggang diiringi sorakan penonton.

"Dari kerajaan Aozora pula adalah Kaneko Rin, Tanaka Hayate, Kobayashi Yuuto ,Senichi Mirae dan Hayashi Toshio.

Rin dan Mirae saling melihat.

"Kita kumpulan yang sama." Ujar Rin.

"Hehe aku tarik balik apa yang aku cakap pasal abang Kazuke." Kata Rin.

Kemudian mereka pun berjalan menuju ke gelanggang bersama 3 lagi ahli kumpulan mereka. Para penonton bersorak untuk memberi semangat kepada mereka.

Tiba di gelanggang, mereka saling memperkenalkan diri antara satu sama lain terlebih dahulu.

"Baiklah, semua boleh ambil tempat masing masing." Ujar pengacara ujian

Mereka pun mengambil tempat.

"Tanpa membuang masa perlawanan kamu bermula!!"

Di kumpulan kerajaan Aozora, mereka memiliki 2orang pelajar dari kelas Strategi dan selebihnya dari kelas Fighter. Mirae dan Hayate mengatur Strategi mereka kemudian mula menyerang pihak lawan terlebih dahulu.  Rin mengeluarkan kuku besinya dan menghadapi seorang lelaki bernama Takuma.  Lelaki itu mempunyai ability pisau seribu, dia dapat mencipta pisau hanya dengan memetik jarinya.

"Ini ke perbezaan kekuatan Klan Tsukiko dengan Klan lain." Gumam Rin.

"Seperti yang dirumorkan, bangsawan kerajaan Aozora memiliki energi shizen yang banyak, tapi.. energi Shizen korang tak kan setanding dengan energi Klan kami." Ujar Takuma sambil berbalas serangan dengan Rin.

Baru beberapa minit berlalu, Hayate dan Yuuto tersingkir dari gelanggang dan kini yang tinggal hanya Mirae, Rin dan Toshio.

2 orang gadis dari pihak lawan menyerang Mirae dalam waktu yang bersamaan.

"Apa benda perempuan ni, energi shizen dia tak kuat tapi jurus serangan dia terlalu banyak sampai aku tak daoat predeksi serangan dia."  Ujar salah satu gadis yang bertarung melawan Mirae.

"Hehehe.. ini dia hasil dari pengumpulan jurus aku." Kata Mirae sambil tersenyum sinis.

Mirae pada mulanya hanya menguasai ability tangan besi namun setelah dia menguasai dan mengawal pengeluaran energi shizen dengan lebih mendalam, ability nya turut berkembang sehingga kini dia dapat menukarkan kaki nya menjadi besi. Namun pada perlawanan ini, dia belum menunjukkan kaki besi nya sama sekali.

Sepuluh minit berlalu dan Toshio turut tersingkir dari gelanggang.

Kini Rin dan Mirae bekerjasama dalam perlawanan. Kedua dua nya mempunyai ability yang hampir sama iaitu besi namun Rin hanya dapat menggunakan besi di bahagian tangan nya.

"Rin, element api kau kenapa kau tak guna?" Bisik Mirae.

"Aku tak boleh sebab element tu makan banyak sangat energi Shizen aku. Aku belum dapat kawal pengeluaran energi shizen waktu guna element api." Balas Rin.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now