S2 CHAPTER 27

705 92 7
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Ace tiba di balai hunters, dia bersikap seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Ohayyou kapten." Ujar hunters divisi 21 yang terserempak dengan Ace di luar balai.

Ace mengangguk..

"Ohayyou Keitaro." Balas Ace.

Keitaro tercengang melihat Ace pagi ini.

"Riak muka, cara bicara ni.. kapten dan balik macam dulu ke?" Fikir Keitaro.

Dia lantas berlari menuju ke ruangan divisi mereka membuat Ace kebingungan.

"Dah kenapa dengan dia tu." Gumam Ace.

Di ruangan divisi.

"Kapten dah balik!!!" Ucap Keitaro sebaik sahaja membuka pintu membuat yang lain terkejut.

"Maksud kau?" Tanya Yuuto

"Kapten dah balik macam dulu." Jawab Keitaro.

Kazuke lantas berdiri.

"Dia kat mana?" Tanya Kazuke.

"Dalam perjalanan ke sini." Jawab Keitaro lagi.

"Dah kenapa berdiri depan pintu?" Ujar Ace yang sudah berada di belakang Keitaro.

Keitaro lantas masuk ke dalam ruangan dan menunduk kepada Ace, begitu juga hunters lain.

Ace kebingungan lantas turut menundukkan diri kepada para bawahan nya.

Rin mendekati Ace.

"Ace dah okay?" Tanya nya membuat Ace janggal.

"Erh, ermm ye dah okay." Jawab Ace.

Mata Ace teralih kepada Kazuke, lantas dia teringat tentang cincin pertunangan mereka. Ace baru sedar bahawa rantai yang dipakai nya  terlupa dia sembunyikan disebalik baju nya. Dia lantas membelakang dan memasukkan rantai itu ke dalam baju nya. Kemudian dia memandang ke depan semula.

"Ada apa?" Tanya Rin.

"Takde apa." Jawab Ace.

Yang lain hanya memandang kebingungan.

Kazuke sempat tersenyum melihat tingkah Ace namun tiada yang menyedarinya.

"Dah dah, semua dah buat latihan pagi ke?" Tanya Ace.

"Sudah kapten!" Ucap mereka serentak dengan bersemangat.

"Oh bagus lah kalau macam tu. Divisi kita belum dapat apa apa misi ke?" Tanya Ace lagi.

"Erm ye takde lagi, dah berapa bulan kita masuk organisasi ni tapi misi apa pun tak dapat lagi." Ujar Toshio.

"Nanti aku bincang dengan kapten divisi 10." Kata Ace.

"Aku je ke yang rasa Tuan Kuroko tak suka dengan divisi kita ?" Ujar Asyura.

"Tak, bukan kau je yang rasa." Kata Shiro.

Yang lain juga menyokong pernyataan Asyura.

"Tak lah, sebenarnya aku ada masalah sikit dengan dia sebelum jadi petinggi hunters ni." Ungkap Ace.

"Hah? Masalah apa?" Tanya Sai.

Ace pun menceritakan kejadian sebelum nya kepada mereka.

"Ohh, jadi orang yang Ace sindir waktu hari kemasukan hunters baru tu Tuan Kuroko ke?" Tanya Mirae.

Ace mengangguk.

Raizo bertepuk dahi.

"Ace jadi petinggi hunters ni gara gara tercabar dengan apa yang dia kata tu ke?" Tanya Raizo.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu