CHAPTER 6

860 109 3
                                    

Selang beberapa minit....

Dia memanggil Ace dan menyuruh Ace duduk di hadapan nya.

"Ace.. kamu ada masalah dengan Sai ?" Tanya Kagura.

Ace menggelengkan kepala nya.

"Aku tahu ada yang tidak kena dengan kamu berdua, boleh kamu ceritakan pada ku." Kata nya.

Ace diam seketika kemudian memandang ke lantai.

"Sai marah." Kata Ace.

"Jadi, kamu sedih kerana Sai marah?" Tanya Kagura.

"Sedih?" Tanya Ace.

"Apa yang kamu rasakan sekarang." Tanya Kagura pula.

Ace diam berfikir seketika..

"Ada sesuatu yang sakit kat sini." Kata Ace perlahan sambil meletakkan telapak tangan nya di dada.

Kagura terdiam dan tiba-tiba senyum..

"Itu maknanya.. kamu sedang terluka Ace." Kata Kagura.

"Terluka?"

"Iya, hati kamu sedang terluka." Balas kagura tersenyum lagi.

"Ace dapat luka?" Tanya nya kebingungan.

"Apa yang aku maksudkan adalah perasaan mu, sepertinya kamu sudah mula merasakan emosi?" Ujar Kagura pula.

Ace hanya memandang berwajah kosong.

"Sai satu satunya orang yang selalu ada untuk Ace." Kata nya perlahan.

"Hmm, aku tahu kamu menyayangi Sai lebih dari orang lain."

Ace hanya diam.

"Aku tahu kamu belum bisa menghadam apa yang aku katakan. Tapi aku percaya kamu akan mengerti suatu hari nanti."

Ace memandang kagura dengan wajah kosong nya lagi.

"Kamu rehat lah Ace.. Aku mahu ke tempat Sai dulu." Kata Kagura.

Ace hanya mengagguk faham kemudian masuk ke kamar semula.

***

Pada petang itu, Kagura mengunjungi Sai yang berada tidak jauh dari rumah nya.

Tiba di sana.. dia memanggil Sai keluar untuk membicarakan sesuatu.

"Kenapa Atok datang?" Tanya Sai.

"Kerana kamu tidak datang ke rumah ku seperti biasa." Jawab Kagura.

"Sai ada urusan.. sebab tu tak dapat datang."

"Ohh.."

"Tapi sebab tu je ke Atok datang?" Tanya Sai lagi.

"Aku mahu bertanya, Kamu ada masalah dengan Ace?" Tanya Kagura.

"Ace? Kenapa? Dia mengadu kat Atok?"

"Dia tidak mengatakan apa apa, tapi aku tahu ada sesuatu yang jadi anta...."

"Sai ada urusan.. " Katanya tanpa mengendahkan ucapan Kagura sambil memakai kasut nya.

"Sai pergi dulu." Katanya lagi.

Kagura hanya melihat Sai yang berlalu pergi.

"Hmm, ada apa sebenarnya ini." Ujar Kagura sendirian.

***

Keesokan hari nya...

Shiro, Raizo, Asyura dan Kazuke tiba lebih dahulu di kelas hari ini.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now