S2 CHAPTER 2

760 98 7
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

KEESOKAN HARINYA.

Zenmaru dibawa ke bilik mesyuarat balai organisasi hunters. 5 pemimpin klan besar serta para petinggi hunters duduk di ruangan mesyuarat itu. Ayah kepada Mirae juga dipanggil kerana Klan Senichi adalah Klan specialis buku dan sejarah.

"Yang Mulia Raja Tarama tidak berada di kerajaan saat ini, jadi kami akan meneruskan siasatan terhadap mu tanpa beliau" Ujar Wayami.

"Baiklah, tapi sebelum itu, aku ingin bertanya sesuatu." Kata Zenmaru.

"Apa itu?" Tanya Kagura.

"Apa pedang bulan masih ada di kerajaan ini?" Tanya Zenmaru.

"Iya, pedang bulan diturunkan dari generasi ke generasi sampai saat ini." Jawab Kagura

"Ouh, kalau begitu aku mahu pemilik pedang bulan diikut serta dalam penyelidikan kalian ini." Ujar Zenmaru dengan menekan perkataan penyelidikan itu.

"Boleh jelaskan kenapa?" Tanya Kagura.

"Aku ingin mengatakan sesuatu kepada mereka." Jawab Zenmaru.

Para hunters dan pemimpin klan saling melihat antara satu sama lain. 

"Baiklah." Balas Kagura tanpa ragu selepas menerima signal tanda setuju dari pemimpin klan lain.

Academy hunters dihubungi untuk meminta Raizo, Kazuke, Shiro, Asyura dan Sai datang ke balai hunters.

Lebih kurang 30 minit, mereka pun tiba di balai organisasi dan terus memasuki ruang mesyuarat.

Zenmaru tampak agak terkejut melihat lima pemuda itu.

"Ada apa dengan mu?" Tanya Kagura.

"Aura 5 pemuda ini mengingatkan ku pada 5 Tsuki Kenshi yang bertarung bersama ku. " Ujar Zenmaru.

"Apa maksud mu." Tanya Kagura lagi.

"Wajah bahkan sorot mata mereka menyerupai 5 Tsuki kenshi. Mereka bagai reinkarnasi Tsuki Kenshi." Jawab Zenmaru.

Mereka hanya melihat kehairanan dan dalam masa yang sama merasa agak terkejut.

"Lupakan hal itu, apa kita boleh mula sekarang?" Tanya Zenmaru.

Para pemimpin Klan saling berpandangan kemudian mengangguk.

"Pertama sekali, apa kau boleh menjelaskan niat mu memunculkan diri saat ini?" Tanya Kagura.

"Ada sesuatu yang harus aku sampaikan kepada kerajaan ini." Jawab Zenmaru.

Mereka memandang kehairanan.

"Tapi sebelum aku menyampaikan hal itu, aku ingin menceritakan sebuah kisah." Sambung nya lagi.

"Kami tidak mahu mendengar kisah dari mu, yang kami inginkan adalah tujuan mu datang ke sini!" Balas Wasaro, pemimpin Klan Kaneko.

"Aku yakin kalian tidak akan percaya begitu saja dengan apa yang aku katakan. Kerana itu kalian perlu dengar cerita yang ingin aku sampaikan terlebih dahulu." Balas Zenmaru.

"Sabae Wasaro."  Ujar Atsuko

"Baiklah, kami akan mendengar cerita itu." Ucap Kagura dengan tenang.

Ruangan itu menjadi senyap..

Kemudian Zenmaru mula bersuara.

"1500 tahun yang lalu, dua bersaudara yang tinggal di sebuah dunia telah turun ke bumi atas permintaan adik perempuan nya yang ingin melihat bumi. Abangnya hanya mampu menuruti kehendak adik yang dia sayanginya.
Apabila tiba di bumi, mereka di sambut baik oleh warga desa tempat mereka menetap. Sehingga suatu hari, adiknya jatuh cinta kepada seorang manusia, abang nya tahu bahawa perbuatan adik nya salah, namun kerana terlalu menyayangi adiknya, abangnya membiarkan adiknya bersama lelaki itu."

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now