CHAPTER 14

821 97 3
                                    

Untuk pertama kalinya, mereka melihat riak wajah yang berbeza dari Ace. Bola matanya seperti hendak keluar kerana sangat terkejut.

Bayangan masa lalu nya mula kembali di ingatan.

Flashback on

Seorang lelaki sedang mengerat leher Ace berkali kali
Ace menangis dan meronta kesakitan namun lelaki itu tidak melepaskan nya.
Sebaliknya dia berulang kali mengatakan perkataan yang sama ketika melakukan hal itu kepada Ace iaitu "kau harus mati!"

Flashback off

Mata Ace mula berkaca kaca, Kazuke terus melepaskan tangan nya dari leher Ace.

"Ace.. aku minta maaf." Ucap nya sambil mendekati Ace.

Namun Ace berundur menjauhkan dirinya dari Kazuke.

Dia merasa sesak, air matanya mengalir dan wajah nya semakin pucat.
Tubuh nya mula mengingat kembali rasa sakit ketika lehernya dikerat berkali kali.

Kedua tangan nya mencengkam lehernya sendiri sambil merintih kesakitan. Hal itu membuat teman temannya risau dan dalam masa yang sama juga merasa hairan.

"Ace.... Ace.. okay ke?." Tanya Rin yang cuba mendekati Ace.

Ace semakin menjauh sehingga belakang nya tersandar di penjuru depan kelas.

Dia mula menangis teresak. Dan tepat ketika kembang api dilepaskan, kesemua jendela kaca di kelas itu pecah satu persatu..

Mereka menoleh ke arah jendela itu dan memandang Ace semula.

Seluruh ruangan kelas itu tiba tiba seperti dilanda angin badai yang datang dari arah Ace sehingga menyebabkan beberapa buah kerusi dan meja berhampiran nya terlempar ke belakang.

"Apa semua ni." Ujar Asyura.

"Takde energi Shizen yang terasa. Tapi semua ni kekuatan Ace ke?" Gumam Sai

Kaca kaca dari jendela kelas yang pecah itu jatuh tepat di atas bumbung dewan perhimpunan sehingga membuat orang orang yang berada di sana terkejut.

"Apa yang berlaku di atas?." Ujar Raja Tarama.

"Maaf Yang Mulia, kami akan memeriksa nya." Kata Yuhiko Sensei yang turut terkejut dengan bunyi itu.

Yuhiko sensei dan seorang guru lain naik ke dalam bangunan academy untuk memeriksa apa yang berlaku.

Mereka mencari punca kekacauan itu.

***

Di kelas, mereka hanya mampu berdiri kaku melihat apa yang terjadi. Mereka tidak mampu mendekati Ace kerana angin yang datang dari arah nya.

"Apa yang jadi sebenarnya? Semua ni kekuatan Ace ke?" Ujar Shiro.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran mereka ketika itu.

Tiba tiba, kesemua lampu di ruangan itu pecah hingga membuat kelas menjadi gelap.

Namun beberapa saat kemudian cahaya bulan purnama memasuki ruang kelas itu melalui tingkap.

Apabila ruangan menjadi terang, mereka secara serentak cuba mereda angin kencang itu untuk menghampiri Ace.

Namun mereka terhenti kerana di sekitar Ace seperti ada tekanan luar biasa yang membuat tubuh mereka sakit apabila mendekat. Semakin dekat mereka, semakin kuat tekanan itu.

"Apa benda ni!!! " Ucap Asyura kerana terkejut.

Kagura yang sejak tadi mencari keberadaan Ace akhirnya tiba di kelas itu apabila mendengar keributan dari sana.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now