CHAPTER 22

780 103 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 8 malam dan para pelajar kerajaan Aozora dipanggil turun untuk makan malam. Tempat penginapan mereka merupakan sebuah asrama academy biasa yang didirikan di tengah kota.

Setelah selesai makan malam, mereka pun kembali ke bilik masing masing dan terus tidur.
Manakala Kawaze serta beberapa Hunters yang merupakan pengawal mereka masih berbual di luar penginapan.

"Nampak nya, ada ramai bakal hunter yang berbakat pada ujian ini." Ujar salah seorang Hunter.

"Iya, saya terkejut melihat penguasaan energi shizen para pelajar, dan yang paling mengejutkan adalah cucu Tuan Kagura dan Cucu Tuan Atsuka." Ujar sahabat nya.

"Saya pun cucu Tuan Atsuka juga." Ujar Kawaze tersengih.

"Maksud saya adik kamu, Nakano Kazuke." Balas lelaki tadi tersenyum.

"Tapi cucu perempuan Tuan Kagura bukan keturunan Murni Kiyomizu juga ke? Kenapa energi shizen dia macam takde langsung." Kata salah seorang Hunter yang kelihatan muda bernama Nakamura Shimori

"Iya benar, saya tertanya tanya tentang hal itu dari dulu." Balas lelaki di sebelahnya.

"Budak itu mula dijaga Tuan Kagura 7 tahun yang lalu, dan ada khabar angin mengatakan budak itu bukan cucu kandung Tuan Kagura." Seorang lagi lelaki bernama Kiyomizu Wari bersuara.

"Jadi, siapa budak tu?" Tanya Shimori

"Itu cuma khabar angin." Ujar Wari.

"Tapi tidak mustahil khabar angin itu benar." Kata salah seorang hunter lagi

Kawaze hanya diam.

"Sebaiknya khabar angin seperti itu jangan disebarkan lagi." Salah seorang hunter yang kelihatan sedikit berusia tiba tiba bersuara.

Mereka terus diam dan perbualan terhenti di situ.

****

Matahari mula terbit dan para pelajar Auzora bangun untuk mempersiapkan diri. Setelah itu mereka berangkat ke lokasi ujian iaitu di Academy Hunters kerajaan Gesshoku.

Ketika dalam perjalanan keluar dari asrama academy tempat penginapan, mereka terserempak dengan para pelajar yang baru tiba. Dan seperti biasa, Kazuke menjadi pusat perhatian.

Dalam perjalanan ke Academy Hunters, mereka disapa mesra oleh para penduduk di kota itu sehingga membuat mereka terlambat untuk ke lokasi ujian. Dan kerana itu, Kawaze membuka pintu portal nya dan mereka berhasil tiba tepat waktu.

Tiba di sana...

"Ohh, nampaknya para pelajar Kerajaan Aozora sudah tiba. Baiklah kalau begitu kita akan memulai ujian kedua sebentar lagi. Kedua belah pihak Academy telah menetukan lawan masing masing dan kamu diminta bersedia kerana giliran akan disebut secara acak." Ujar pengacara ujian iaitu Tsukiko Hanani.

"Baiklah, dalam 20 minit lagi perlawanan akan dimulai, para peserta yang bertarung menggunakan senjata khas sendiri perlu memperlihatkan senjata masing masing kepada pemeriksa ujian untuk mengelakkan sebarang kecurangan." Sambung nya lagi.

Para peserta ujian yang menggunakan senjata pun pergi ke gelanggang untuk pemeriksaan seperti yang diarahkan sebentar tadi. Dan kesemua pelajar lepas pemeriksaan senjata itu.

20 minit berlalu....

"Baiklah, sudahkah anda sedia untuk menyaksikan perlawanan ini?" Ujar pengacara

"SUDAHHHHH..!!!!" Para penonton mengatakan nya secara serentak.

"Baiklah, kalau begitu mari kita mulakan ujian kedua iaitu ujian secara individu."

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now