CHAPTER 11

815 96 0
                                    

HARI FESTIVAL ACADEMY

Hari yang dinanti nanti setiap pelajar telah tiba. Festival Tahunan Academy ini disambut secara besar besaran setiap tahun kerana akan dihadiri oleh Raja dan Permaisuri serta para pemimpin Klan di kerajaan Aozora. Selain itu, bekas pelajar academy yang kini telah menjadi Hunters secara rasmi juga akan hadir.

Para pelajar tiba lebih awal kerana perlu menyiapkan persiapan aktiviti kelas masing masing sebelum para tetamu academy tiba.

Di Gerbang Academy.

Kazuke berdiri menunggu Ace. Beberapa minit kemudian Ace pun tiba.

"Hari hari lambat." Kata Kazuke.

"Maaf." Jawab Ace seperti biasa.

Kazuke melihat pedang yang ada di tangan Ace.

"Tu ke pedang kau ?" Tanya Kazuke.

Ace mengangguk.

Kazuke memerhati dengan teliti pedang itu. Dia merasa ada yang aneh.

"Kenapa?" Tanya Ace.

"Takde.. jom masuk." Balas Kazuke yang masih kehairanan.

Mereka pun masuk ke academy dan terus pergi ke tempat pameran kelas mereka.

Tiba di sana..

"Ohayou Ace, Ohayou Kazuke." Sapa Mirae.

Ace hanya mengangguk manakala Kazuke mengabaikan nya.

"Korang bawa kan pedang korang?."  Tanya Mirae.

Ace mengangguk kemudian menyerahkan pedang milik nya.

"Wah, cantik nya pedang ni." Ujar Rin lalu mengeluarkan pedang itu dari sarung nya.

Shiro, Asyura dan Raizo turut turun dari pentas.

"Kejap kejap.. kenapa pedang ni mirip dengan pedang bulan." Tanya Asyura.

"Ha arh. Ni pedang bulan Klan Kiyomizu ke?" Tanya Shiro.

Sai hanya mendengar perbualan mereka dari atas pentas.

"Atok wariskan pedang Klan dekat Ace? Bukan dekat aku!!?" Gumam nya sendiri dan mulai marah.

Dia terus meninggalkan dewan itu. Yang lain juga tidak menyedari Sai telah pergi dari tempat itu.

Ace menggelengkan kepala nya.

"Oh tapi pedang ni mirip sangat dengan pedang bulan." Kata Shiro.

"Nampak mirip je, tapi kau tak nampak ke simbol daun semanggi kat gagang pedang Ace." Balas Raizo

"Iya tak iya jugakan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Iya tak iya jugakan." Kata Shiro sambil menggaruk kepala nya yang tidak gatal setelah melihat simbol yang Raizo tunjukkan.

"Dah dah, kita takde masa dah ni. Cepat letak semua pedang dalam peti kaca tu ." Kata Rin.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now