CHAPTER 13

818 95 0
                                    

"Sebenarnya... Kazuke macam ada masalah sikit dengan ayah dia pagi tadi." Kata Shiro.

"Ha arh, dan nampak nya mood Kazuke tidak baik untuk masa ni." sambung Raizo.

"Apa yang jadi sebenarnya." Tanya Rin.

"Hmm.. ayah dia cakap sesuatu yang agak menyakitkan untuk Kazuke.." Jawab Shiro.

"Apa dia?" Tanya Mirae.

"Sorry, kitaorang tak boleh bagitahu. Tapi yang jelas mood Kazuke sangat buruk buat masa ni jadi lebih baik kita tak ganggu dia dulu." Ujar Raizo.

"Hm takpe lah kalau macam tu. Tapi dia kat mana sekarang? Kan semua pelajar dilarang keluar academy sampai festival berakhir malam ni?" Balas Mirae.

"Mungkin adelah tu dalam bangunan academy kot ." Jawab Asyura.

"Dah lah, aku lapar ni. Kita makan dulu boleh." Kata Rin.

"Aku pun sama." Ujar Asyura.

"Kalau macam tu aku dengan Shiro akan beli makanan, korang tunggu kat sini." Kata Raizo.

"Kita tak pergi sama sama?" Tanya Rin kehairanan.

"Takpe, aku tahu korang penat. Lagipun sape nak jaga barang barang dekat dewan ni." Ujar Raizo.

"Wahh.. good Brother!!" Ujar Asyura sambil menepuk tangan nya.

"Banyak lah kau.. dah korang tunggu je kat sini." Kata Raizo.

"Iyelah." Jawab Rin ringkas.

Kemudian, Raizo dan Shiro keluar dari dewan untuk mencari makanan.

****

"Kau rasa Kazuke okay ke?" Tanya Shiro.

"Kalau ayah dia sampai ungkit pasal ibu dia, kau rasa dia okay ke." Ujar Raizo.

"Betul juga kan, lagipun dia mula jadi penyendiri dulu sebab benda tu juga."

"Tulah, aku dah lega dia dah mula okay sejak ada Ace. Tapi kau rasa lepas apa yang ayah dia cakap, dia masih okay ke?" Kata Raizo.

Flashback On

"Aku sudah cakap kamu tidak perlu berteman dengan sesiapa! Utamakan latihan mu untuk jadi Hunters! Pertemanan boleh jejaskan latihan !!" Tegas ayah Kazuke.

Kazuke hanya diam dengan wajah yang sedang sabar.

"Kamu mahu kejadian sama seperti kejadian tentang ibu mu terulang?"

"Kau jangan sebut pasal ibu aku." Tengking Kazuke dengan bahasa nya yang tidak sopan.

"Kenapa? Kamu ingat apa yang telah kamu sebabkan?"

"Diam..." Kata Kazuke sambil menahan amarah nya.

"Sejujur nya, kamu tidak berhak membawa pedang yang ada di tangan mu. Itu satu satunya peninggalan ibu mu dan kamu tidak pantas memilikinya" kata ayahnya lagi.

Kazuke tetap diam..

"Jika saja kamu bukan keturunan Murni klan Nakano, aku tidak mungkin mahu mengakui mu sebagai darah daging ku."

Flashback Off.

"Hmm aku ragu dia akan okay untuk beberapa hari ni, tapi cepat atau lambat dia akan lupakan juga benda tu." Jawab Shiro setelah mengingat kembali kejadian semasa mereka terdengar perbualan Kazuke dan ayahnya secara tidak sengaja.

"Hmm iyala, buat masa ni biarkan jelah dia dulu. " Ujar Raizo.

Mereka pun meneruskan perjalanan ke kantin untuk mencari makanan.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now