SPECIAL CHAPTER

787 80 0
                                    

ABILITY


Terdapat 2 jenis ability yang ada. Salah satu nya ialah ability Element yang di warisi dari pendiri Klan secara turun temurun dan satu lagi adalah ability Khas yang dibangkitkan dari dalam diri sendiri.

Ability khas adalah ability yang dimiliki oleh hampir kesemua manusia di seluruh dunia. Kebanyakan ability khas setiap orang berbeza namun ada juga yang mempunyai ability sama. Contohnya Raizo, Kazuke, Sai, Asyura, Shiro (penerapan element). Ability khas seseorang perlu dibangkitkan setelah seseorang itu menguasai aliran energi Shizen.

Tapi untuk ability element, ianya hanya dimiliki oleh keturunan Murni 5 pendiri Klan terbesar iaitu Kaneko Hatta, Nakano Kasaki, Saito Magata,  Kiyomizu Natoriya dan Miura Sakani.

KETURUNAN MURNI

Keturunan Murni merupakan seseorang yang terlahir sebagai keturunan asli dari para pendiri Klan terbesar / darah daging pendiri Klan. Mereka disebut sebagai bangsawan Murni.

Manakala keturunan penerus merupakan seseorang yang terlahir sebagai keturunan dari para penduduk desa yang menyandang nama Klan ketika desa itu didirikan. Walau begitu, mereka juga disebut sebagai bangsawan.

Jika keturunan Murni dan Keturunan penerus dari Klan yang sama berkahwin, anak nya berkemungkinan mewarisi ability element dan berkemungkinan tidak.

Sama juga Jika seorang keturunan Murni mengahwini seseorang yang bukan keturunan bangsawan . Maka anak nya berkemungkinan memiliki ability element dan berkemungkinan tidak.

Manakala jika keturunan Murni dari 2 Klan yang berbeza Berkahwin, anak nya akan mewarisi salah satu ability Klan sama ada ibu atau ayah nya.

Kerajaan Aozora mempunyai prinsip di mana jika 2 keturunan murni dari klan yang berbeza berkahwin, anak yang terlahir akan ditentukan tempat tinggal nya mengikut element yang anak itu warisi.

Contoh nya Ace, walaupun sepatutnya keturunan bangsawan Kaneko,kakek nya menyuruh ayah Ace menyerahkan ace kepada Klan Kiyomizu dan berpisah dengan saudaranya yang merupakan keturunan Murni Klan Kaneko kerana Ace pernah mengeluarkan kekuatan element angin dan dianggap sebagai keturunan Murni Klan kiyomizu

Oleh kerana prinsip dan sistem yang membingungkan, keturunan Murni tidak digalakkan untuk mengahwini keturunan Murni dari Klan yang berbeza..

Haii guys.. tak lama lagi next chapter akan update. Para pelajar academy hunter kerajaan Aozora akan ke kerajaan Gesshoku. Sebuah kerajaan yang pelik kerana hanya diduduki oleh satu Klan iaitu Klan Tsukiko yang dikategorikan sebagai Klan terkuat di dunia. Tapi betul ke diorang tu kuat? Atau sekadar rumor sahaja? Kalau nak tahu baca lah next chapter Puteri Naungan Bulan ni okayy.. baii selamat membaca..

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now