S2 CHAPTER 10

748 87 23
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Seseorang mencuri dengar perbualan Raja Tarama dan Kaito sejak awal. Lelaki itu masuk dan mendekati Raja Tarama.

"Bukan kah kita harus menghukum gadis itu?" Ujar lelaki itu.

"Wasaro, apa yang kau lakukan di sini?" Tanya Raja Tarama.

"Saya hanya lalu di ruangan ini dan tanpa sengaja mendengar perbualan Yang Mulia dan Putera Kaitori." Jawabnya.

"Kau mendengar nya?" Tanya Raja Tarama.

"Iya Yang Mulia." Jawab Wasaro.

"Hmm.. jadi, menurut mu bagaimana? Apa yang harus aku lakukan?" Tanya Raja Tarama lagi.

"Sebaiknya gadis itu dihukum mati sebelum kerajaan Gesshoku menuntut kematian para pendeta mereka." Kata Wasaro.

"Apa kau gila? Gadis itu telah menyelamatkan kerajaan ini! " Tengking Raja Tarama.

"Maaf atas sikap biadab saya Yang Mulia. tapi bagi saya, itu adalah keputusan terbaik kerana keberadaan Kiyomizu Ace di sini dapat mengancam kerajaan ini. Berita tentang gadis itu adalah Ratu Iblis telah tersebar hingga ke kerajaan lain. Dan bagaimana jika berita tentang pembunuhan yang gadis itu lakukan turut tersebar? Berkemungkinan kerajaan Gesshoku dan kerajaan lain akan memutuskan hubungan diplomatik dan lebih teruk lagi perang antara kerajaan boleh tercetus." Ujar Wasaro.

"Tidak mungkin.. aku sungguh tidak ingin perang antara kerajaan terjadi di saat seperti ini. Di saat dunia dalam bahaya dan kerjasama antara kerajaan diperlukan." Kata Raja Tarama lagi, fikiran nya mulai kusut memikir malang yang menimpa kerajaan nya.

"Mustahil kerajaan lain akan bekerjasama dengan kerajaan yang melindungi Ratu Iblis. " Kata Wasaro pula.

"Tapi kamu sendiri tahu, dia bukan Ratu Iblis dan dia telah menyelamatkan kerajaan kita." Ujar Raja Tarama lagi.

"Iya saya tahu, tapi adakah Yang Mulia yakin orang diluar sana akan berfikiran sama seperti kita? Tiada gunanya juga kita cuba menjelaskan tentang gadis itu kerana manusia hanya percaya apa yang ingin mereka percayai. Fikir baik baik Yang Mulia, adakah Yang Mulia ingin kerajaan hancur kerana gadis itu? Lebih buruk nya lagi, dunia akan berjaya ditakhluk para iblis jika kerajaan tidak bersefahaman." Ujar Wasaro, kata katanya semakin memeningkan Raja Tarama.

"Sudah tentu aku tidak ingin hal itu berlaku. Tapi aku yakin organisasi hunters dan bahkan pemimpin klan yang lain akan melindungi gadis itu, kedua cucu ku juga berteman dengan gadis itu." Ungkap Raja Tarama.

"Saya akan membantu Yang Mulia jika Yang Mulia setuju dengan cadangan saya." Kata Wasaro.

"Membantu ku? Bagaimana?" Tanya Raja Tarama.

"Sebenarnya, cadangan ku adalah menghukum mati gadis itu di depan umum." Ungkap Wasaro.

"Apa kau gila? Mustahil kita melakukan itu." Ujar Raja Tarama.

"Kita harus melakukan hal itu sebagai bentuk pengishtiharan kepada kerajaan lain bahawa gadis yang mereka anggap sebagai Ratu iblis telah kita lenyapkan. Jika kita melakukan hukuman secara sembunyi, kerajaan lain pasti menyangka kita masih melindungi gadis itu." Ujar Wasaro.

"Hmm ada benar juga apa yang kau katakan. Tapi, bukan kah sekarang Kiyomizu Ace adalah anggota Klan Tsukiko dan rakyat kerajaan Gesshoku? Bahkan Putera kerajaan Gesshoku berkata dia akan membantu gadis itu." Kata Raja Tarama lagi.

"Iya sememangnya begitu tapi gadis itu dibesarkan oleh Kagura, adakah Yang Mulia ingin nama Kagura turut terseret dalam berita tentang Ratu Iblis ini?" Ujar Wasaro lagi

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now