CHAPTER 15

836 93 0
                                    

"Apa yang jadi dengan Ace sebenarnya?" Tanya Sai.

"Erhmm.. buat masa ini, Aku belum dapat mengatakan apa apa tentang Ace. Tapi cukup kamu ketahui, bahawa masa lalunya sangat menyakitkan dan aku harap kamu memperlakukan Ace dengan sebaik baiknya." Kata Kagura.

"Teruk sangat ke apa yang pernah jadi dengan Ace?" Tanya Sai lagi.

Kagura hanya mengangguk.

Sai mengerti dan tidak menanyakan apa apa soalan lagi.

"Sai balik dulu." Katanya kemudian berdiri.

"Tunggu Sai." Ujar Kagura menahan Sai.

"Kenapa?"

"Aku perlu memberikan ini kepada kamu." Katanya sambil mengeluarkan sebuah pedang dari peti kayu yang ada di atas meja.

"Pedang bulan?" Tanya Sai hairan.

"Iya. Pedang ini adalah milik kamu mulai hari ini " ujar Kagura.

"Bukan pedang bulan Klan Kiyomizu Atok dah bagi kat Ace ke?" Tanya Sai.

"Maksud kamu apa?" Tanya Kagura kehairanan

"Pesang warisan yang dipamerkan kat academy tadi apa?" Tanya Sai.

"Oh, itu pedang warisan milik Tuan Yamado. Bukan pedang bulan." Kata Kagura.

"Aku salah faham?" Gumam nya di dalam hati sambil mengelamun.

"Sai? Apa yang kamu fikirkan?" Tanya Kagura.

Sai tersentak dari lamunan nya dan memandang Kagura.

"Takde apa.. tapi betul ke Atok nak serahkan pedang ni sekarang? Kan umur Sai belum genap 18tahun lagi." Katanya.

"Cepat atau lambat, Aku mesti serahkan juga pedang ini kepada kamu." Ujar kagura.

Sai pun menerima pedang itu dan melihatnya.

"Jaga baik baik pedang bulan ini, pedang ini adalah warisan turun temurun yang paling berharga untuk Klan kita." Kata Kagura

Sai hanya mengangguk faham.

"Kalau macm tu Sai balik dulu." Katanya pula.

"Baiklah, hati hati ya." Ujar Kagura.

Sai hanya mengangguk faham kemudian berangkat pulang.

****

Keesokan Harinya.

Academy hari ini tetap dijalankan seperti biasa, para pelajar diberi tugasan untuk mengembalikan keadaan Academy seperti semula setelah acara Fertival Tahunan kemarin.

Kelas Sword di arahkan untuk berkumpul di dewan tempat pameran mereka untuk mengemas semua peralatan di sana.

Rin dan Raizo tiba lebih dahulu di sana dan duduk menanti yang lain tiba.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Shiro, Asyura dan Mirae tiba dalam keadaan yang tidak bermaya dan bawah mata gelap.

"Korang pun tak dapat tidur ke?" Tanya Rin sebaik sahaja mereka tiba.

"Ha arh, otak aku asyik fikir pasal Ace je." Jawab Asyura.

"Apa yang jadi sebenarnya, aku masih tak dapat hadam lagi pasal kejadian semalam.", Ujar Mirae.

"Ace tak apa apa ke? Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa waktu tu dia rasa sakit sangat." Kata Shiro pula.

"Aku pun rasa benda yang sama juga." Balas Raizo.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now