S2 CHAPTER 25

698 90 3
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Mereka tiba di balai, Ace berdiri kaku di tengah perkarangan balai itu.

"Kau okay ke? Macam tak sihat je." Tanya Zenmaru.

Ace hanya mengangguk.

Zenmaru mula pening kepala memikirkan tingkah Ace dan berlalu pergi begitu sahaja.

Ace berjalan menuju ruangan divisi nya, setahu nya ruangan itu sedang kosong kerana anggota divisi sedang berlatih.

Sebaik sahaja dia masuk, Raizo, Shiro, Sai, Kazuke dan Asyura yang berada dalam ruangan terus berlari ke arah nya.

"Ace okay ke?" Tanya Raizo.

"Ada apa apa yang jadi ke dengan kau?" Tanya Shiro pula.

"Kau pergi mana tadi?" Tanya Sai.

Ace hanya memandang kebingungan dengan wajah yang kosong.

"Ace, kau okay ke ni?" Tanya Asyura yang perasan akan perubahan sikap Ace.

Ace mengangguk.

"Ada yang kacau Ace?" Tanya Raizo perlahan.

Ace menggeleng pula.

"Wajah kosong? Sorat mata tu... Ni Ace yang dulu." Gumam Kazuke. Yang lain juga memikirkan hal yang sama.

Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Ace melihat Kazuke namun terus mengalihkan mata nya sebaik sahaja Kazuke memandang nya.

"Ace ada urusan." Ucap nya dengan perlahan kemudian terus keluar lagi dari ruangan itu.

"Korang rasa tak apa yang aku rasa?" Tanya Asyura.

"Dia dah jadi Ace yang dulu balik." Jawab shiro.

"Apa yang jadi dengan Ace sebenarnya?" Ujar Sai pula.

"Macam mana sikap dia boleh berubah balik dalam waktu yang singkat. Padahal sejam yang lepas dia masih okay." Kata Raizo.

***

Ace berjalan di luar balai, apabila para hunters menunduk hormat kepada nya dia hanya memandang dengan wajah kosong membuat semua merasa hairan.

Ace selalunya berwajah tegas apabila berada di balai, tapi kali ini tidak. Dia juga kelihatan cuba mengelak dari mendekati dan didekati orang lain.

Di tengah jalan, dia terserempak dengan Kuroko.

"Kapten Rainawa." Ucap Kuroko.

Ace memandang Kuroko.

"Sebaik nya kau disiplin kan anggota divisi mu, mereka terlalu bising sehingga mengganggu hunters lain." Kata Kuroko.

Ace mengangguk faham membuat Kuroko tercengang. Padahal selalunya Ace akan membalas kata kata Kuroko.

Ace menunduk hormat dan terus pergi.

"Ada apa dengan sikap nya hari ini? Padahal sejak mula dia bersikap biadab kepada ku." Ujar Kuroko.

Bawahan nya hanya diam, mereka juga kelihatan tidak suka kepada Kuroko.

Walaupun berubah sikap, Ace tetap menjalankan tugas nya sebagai ketua divisi. Dia tetap menghantar laporan kepada Morikawa dan menemui kapten lain untuk mengurus pekerjaan nya sebagai petinggi.

Namun semua orang yang ditemui nya hari ini perasan akan perubahan diri nya. Hunters yang mengenali Ace pula yakin dia kembali seperti diri nya yang dulu dan itu membuat mereka khawatir, bagaimana dia mampu menjalankan tugas sebagai ketua divisi jika sikap nya seperti itu.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now