S2 CHAPTER 11

727 87 25
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Keesokan harinya,
Kaito berangkat pulang ke kerajaan Gesshoku dengan bantuan pintu teleportasi Kawaze.

Sebaik sahaja mereka tiba di kerajaan itu, betapa terkejut nya mereka melihat suasana kerajaan yang damai seolah tiada terjadi apa apa.

Apa yang sebenarnya berlaku di kerajaan Gesshoku?

***

Ace membuka matanya, dia sedang berjalan di permukaan ais. Sekeliling nya kelihatan kosong, apa yang dilihatnya hanya ais dan pohon yang sudah kering.

"Aku kat mana?" Ujar nya.

"Biarkan aku masuk dalam diri kau." Bisik seseorang dari belakang.

Ace menoleh dan dia melihat dirinya sendiri di hadapan nya.

"Siapa kau?" Tanya Ace.

"Aku adalah kau."

Ace kebingungan, dirinya bagai dihipnotis.

Ais tempat nya berpijak pecah dan dia membuka mata seperti baru sedar dari mimpi.

Dia melihat sekeliling, di hadapan nya terlihat dirinya lagi, dirinya yang membunuh tanpa ragu, di saat dia kelihatan tidak waras.

"Itu ke diri aku sebenarnya? Diri yang aku kunci bersama ingatan aku. Dia kah yang cuba nak kuasai diri aku?"  Gumam nya.

Gambaran yang dilihat nya terbakar dan Ace membuka mata lagi.

Dia melihat sekelilingnya, tiada sesiapa di ruangan itu.

"Ini nyata? Atau mimpi?" Gumam nya.

Seseorang masuk ke ruangan itu.

"Ace.. kamu sudah sedar." Ujar seorang lelaki tua, iaitu Kagura.

Ace menjauh kan diri nya.

"Jangan dekat!!" Bentak nya.

"Ace, ada apa? Ini Atok" ujar Kagura.

"Aku tahu." Kata Ace.

"Jadi kenapa? Apa Atok melakukan kesalahan kepada mu?" Tanya Kagura lagi.

Ace diam.. sejak semua ingatan nya kembali, semua emosi nya turut kembali, tapi dia bukan nya sedang marah kepada Kagura, melainkan hanya takut, takut akan menyakiti sesiapa.

"Kamu berehat dahulu, nanti Atok akan datang semula." Ujar Kagura sayu kemudian dia keluar dari kamar itu.

Kagura memaklumkan kepada Sai dan yang lain tentang Ace yang sudah sedar. Semua mereka bergegas ke rumah Kagura.

***

Beberapa minit kemudian..

Yang lain tiba dan Kagura menceritakan tentang sikap Ace yang tiba tiba berubah 360°.

Ace mendengar suara yang dikenalinya dari luar rumah, dia berdiri dan terus mengunci pintu nya kerana cemas.

Raizo membuka pintu bilik Ace namun sayang Ace sudah mengunci nya terlebih dahulu.

"Ace okay ke? Taknak jumpa abang?" Tanya Raizo sambil mengetuk ngetuk pintu bilik Ace dengan suara yang lembut.

Ace mendiam kan diri tapi jauh di dalam hatinya, dia mahu menyahut panggilan itu.

"Ace, kak Rin datang. Ace taknak tengok muka kakak ke?" Ujar Rin pula.

Air mata Ace mengalir, dia ingin menemui abang dan kakak nya tapi dia terlalu takut untuk mendekati sesiapa kerana takut menyakiti mereka.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz