CHAPTER 17

807 96 1
                                    

"Ace sihat ke?" Tanya Rin.

Ace mengangguk.

"Oh bagus lah kalau macam tu." Ujar Rin.

"Ace, Mirae bawakan buku untuk Ace. Mirae tahu Ace suka baca buku jadi Mirae pinjamkan buku ni untuk Ace."  Katanya sambil menyerahkan sebuah buku yang agak usang.

Buku itu turut menarik perhatian yang lain.

"Wah, buku tu kan buku lagenda yang ada kat pameran haritu." Kata Shiro.

Ace membuka buku itu dengan perlahan. Dia melihat setiap perkataan yang ada di buku itu namun tiada satu pun yang dapat difahami. Lalu dia memandang Mirae.

"Eh sorry, baru ingat buku ni ditulis dalam bahasa kuno. Kalau macam tu nak Mirae tolong baca kan?" Ujar nya sambil tersenyum segan.

"Kau tahu baca tulisan kuno ni ke?" Tanya Asyura.

"Mestilah, Klan aku kan spesialis buku dari zaman dulu, takkan lah aku tak tahu." Ujar nya.

"Oh kalau macam tu kau baca lah maksud cerita kat buku tu, bagi kuat sikit... Kitaorang nak dengar." Kata Rin.

"Okay, kalau macam tu korang kumpul kat sini. Sai sekali." Ujar Mirae.

Mereka semua berkumpul untuk mendengar isi cerita buku lagenda itu termasuk Sai.

"Eh Kazuke, kamu pun datang?" Kagura yang berada di luar rumah bersuara sehingga menarik perhatian mereka.

"Kazuke?" Gumam Shiro.

"Bagus lah kamu datang sekali, semua kawan kawan kamu ada kat dalam." Ujar Kagura. Suara nya yang agak kuat itu kedengaran hingga ke ruang tamu.

Dia membawa Kazuke masuk ke dalam dan menyuruhnya duduk bersama yang lain.

"Kazuke, duduk lah. Mirae nak bacakan buku lagenda tu." Kata Asyura.

Kazuke pun menghampiri mereka, mata nya dan Ace bertemu seketika. Kedua dua nya merasa janggal antara satu sama lain.
Kazuke duduk bersama yang lain tanpa berbicara apa apa.

"Okay, aku mula tau." Ujar Mirae.

Mereka hanya diam tanda setuju.

"Cerita ni adalah kisah lagenda tentang asal usul kekuatan yang kita warisi. Buku ini ditulis sendiri oleh pendiri Klan Senichi yang merupakan Klan keenam yang didirikan setelah Klan Kaneko, Nakano, Kiyomizu, Miura dan Saito. Sumber cerita ni sendiri adalah para pendiri 5 Klan bangsawan iaitu Hatta, Kasaki, Magata, Natoriya dan Sakani ."  Mirae mula menterjemahkan ayat yang ada pada halaman pertama.

"Okay aku mula, korang jangan tanya apa apa sampai aku habis cerita semua tau. Nanti hilang pula fokus aku baca buku ni." Ujar nya sebelum memulakan cerita.

"Okay, kitaorang tak kacau." Ujar Asyura.

Yang lain hanya mengangguk faham.

Mirae mengambil nafas panjang dan memulakan cerita yang ada di buku itu.

"Pada zaman dahulu kala, Sang dewa yang di sebut sebagai Raja Hwanung telah turun ke bumi dan menetap di sebuah pergunungan yang kini di namakan sebagai Kindan no Yama yang letaknya di antara desa Klan Kiyomizu dan desa Klan Nakano.

Pada masa itu, Raja Hwanung telah turun bersama seorang Puteri nya yang bernama Hwayuki dan seorang Putera nya bernama Hwangko.

Tujuan Raja Hwanung turun kebumi adalah untuk mencari dan menghapuskan salah satu Sang Raja iblis bernama Zenmaru yang belum lama telah menetap di bumi namun telah menyebabkan banyak kekacauan.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now