S2 CHAPTER 14

804 94 4
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Wasaro melepaskan Rin tanpa sedar, tangan dan kakinya gementar dan fikiran nya menjadi kosong.

Ketua pendeta mengambil microphone yang jatuh..

"Dengar! turunkan gadis yang ada di tiang eksekusi itu sekarang!  apa yang sedang terjadi saat ini adalah peringatan Dewa. Aku tidak pasti siapa gadis itu sebenarnya, tapi gadis yang cuba kalian hukum mati itu bukanlah manusia biasa, kelima roh element telah murka dengan apa yang kerajaan ini cuba lakukan kepadanya." Ujar ketua pendeta membuat rakyat semakin terkejut.

"Peringatan dewa..."
"Roh element..."
"Si...apa di..a sebenar..nya?"
Ujar penduduk.

"Gunung berapi yang meletus sebentar tadi menandakan kemarahan roh api, lautan yang menelan kapal kapal kerajaan menandakan kemarahan roh air, tanah runtuh yang terjadi menunjukkan kemarahan roh tanah, petir yang menyambar disana sini menandakan kemarahan roh petir dan angin yang bertiup kencang di seluruh kerajaan menunjukkan kemarahan roh angin. Dan sepertinya kelima lima roh alam itu adalah wujud dari pedang bulan yang sedang terapung mengelilingi gadis itu. Di tambah lagi burung suci yang sepatutnya menelan siapa pun yang ada di tiang suci malah berpihak kepada gadis itu. Kemurkaan roh alam tidak akan berhenti selagi kemarahan gadis itu masih menyala." Sambung ketua pendeta lagi.

"Apa yang berlaku sebenarnya terhadap dunia ini" Gumam pemuda bermata merah tadi.

Ace cuba menenangkan dirinya kerana tidak mahu sesiapa terluka lagi kerana nya.

"Roh Element, hentikan semua ni." Ucap Ace di dalam hatinya.

Angin dan petir tiba tiba berhenti, burung camar api menghilang, lautan kembali tenang, runtuhan tanah yang berlaku di sana sini terhenti dan lava yang mengalir keluar dari gunung berapi juga menjadi batu..

Para pendeta yang ada di tapak eksekusi itu terus berdiri menundukkan diri. Mereka menangis menyesal kerana telah mengikuti perintah Wasaro.

Tiba tiba suara bergema dari langit namun hanya dapat didengari Kazuke, Raizo, Shiro , Sai dan Asyura.

Suara itu berkata...
"Wahai manusia, kau telah ditakdirkan sebagai Ksatria untuk gadis yang ditandai segel bulan sabit sejak awal. Kesakitan nya adalah kesakitan mu. Lindungi dia, sayangi dia, kalian memegang takdir dunia."

Secara tiba tiba, Raizo, Kazuke, Sai, Shiro dan Asyura mengalirkan air mata. Entah kenapa hati mereka terasa sakit, marah dan sebagainya. Difikiran mereka tertanam bahawa gadis yang dimaksudkan adalah Ace.

Mereka berlima terapung secara tiba tiba ke arah Ace dan membuka ikatan tangan nya dengan lembut. Kazuke menyambut Ace dan membawa nya turun. Ace merasa sangat tenang ketika dibawa turun dari tiang eksekusi itu.

Kejadian yang sedang berlaku di tengah kota kerajaan itu membuat rakyat kagum dan secara tidak langsung membuka mata mereka bahawa peristiwa bersejarah terbesar telah terjadi pada hari itu.

"Apa gadis di hadapan kita adalah dewi?"
"Mulut ku yang telah mengutuk gadis itu layak dijahit."
"Aku patut mati kerana mencaci manusia umpama dewi itu.
"Kerajaan ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengganggu gadis itu."
Ujar mereka.

"Sungguh keajaiban yang luar biasa, gadis itu mempunyai kekuatan dewi, manakala 5 lelaki yang ada di sisi nya mempunyai kekuatan ksatria." Gumam ketua pendeta.

Langit kembali cerah dan kota mulai bising. Para hunters berlari ke arah Wasaro dan menahan nya atas kesalahan mencederai Puteri Mahkota dan membantah arahan Raja.

Wasaro tidak mampu bergerak sedikit pun setelah melihat apa yang terjadi sebentar tadi.

Ace menghembus nafas lega. Dia mencabut anak panah yang ada di dadanya dan lukanya sembuh serta merta membuat semua yang melihat terkejut.
Pedang nya yang terbang ke langit kembali ke sisinya manakala 5 pedang bulan turut kembali kepada pemilik nya.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now