CHAPTER 29

714 90 6
                                    

3 hari telah berlalu sejak kejadian itu dan Ace mula menyedarkan diri.

"Ace kat mana? Mana yang lain?" Gumam nya sendiri di ruangan kosong itu.

Seseorang membuka pintu...

"Eh kamu dah sedar.. ada apa apa yang sakit?" Tanya seorang lelaki berseragam hunter dengan lambang medis.

Ace hanya mengangguk.

"Kalau kamu dah betul betul okay, saya akan hantar kan ke istana." Ujar lelaki itu.

"Istana?" Tanya Ace kebingungan.

"Iya, hm saya tak tahu nak cakap macam mana tapi Raja Eito nak jumpa."

"Raja? Yang lain mana?"

"Hmm maksud kamu kawan kawan kamu?"

Ace mengangguk.

"Dorang dah balik ke kerajaan Aozora."

Ace terdiam..

"Saya tahu kamu bingung tapi kat istana nanti kamu akan tahu semuanya."

Ace pun hanya mengangguk angguk.

"Kalau macam tu kamu tunggu sini kejap, saya akan ambilkan pakaian untuk kamu."

Ace mengangguk lagi.

Lelaki itu pun keluar dari ruangan itu.

"Budak tu okay ke?" Tanya rakan nya yang berada di luar ruangan.

"Okay, cuma dia nampak bingung sikit."

"Kesian lah, sedar sedar je semua kawan kawan dia dah takde kat sini."

"Tulah, dia tak dibenarkan balik ke kerajaan Aozora sebab kekuatan Klan kita yang dia ada."

"Hmm.. nak buat macam mana lagi."

****

Ace telah bersiap untuk ke istana..
Sebaik sahaja tiba di istana, dia menghadap Raja Eito beserta Jouda di ruangan mesyuarat istana.

"Kiyomizu Ace?" Ujar Raja Eito.

Ace hanya mengangguk.

"Mulai saat ini, kamu adalah anggota Klan Tsukiko dan rakyat kerajaan Gesshoku.!" Ujar Raja Eito.

Dengan wajah kosong nya dia memandang Raja Eito.

"Kenapa?" Tanya nya.

"Kekuatan yang kamu miliki adalah kekuatan yang hanya dimiliki oleh beberapa anggota klan Tsukiko dan mengikut peraturan klan ini, rakyat klan Tsukiko tidak dibenarkan tinggal di kerajaan lain ."

"Taknak." Ucap Ace perlahan dengan wajah kosong nya.

"Ini bukan permintaan, tapi ini perintah. Lagipun kerajaan Aozora serta penjaga mu telah menyetujui agar kamu tinggal di sini." Ujar Jouda.

"Kerajaan setuju? Atok pun...?" Gumam nya lagi.

"Mulai hari ini, kamu akan tinggal di istana dibawah jagaan Jouda. Katakan kepada Jouda jika kamu memerlukan sesuatu." Ujar Raja Eito.

Ace hanya mampu mengangguk pasrah. Dengan fikiran lurus bendul nya, dia mengikuti perintah itu tanpa memikirkan apa yang akan jadi kepada dirinya di hari mendatang.

"Ikut pembantu itu, dia akan menghantar kamu ke bilik, Jouda tetap di sini dulu." Ujar Raja Eito lagi.

Ace berlalu pergi bersama pembantu itu sementara Jouda masih berada di hadapan Raja Eito.

"Ada apa Yang Mulia?" Tanya Jouda.

"Buat masa ini, jangan biarkan Tertua klan dan para pendeta mengetahui tentang gadis itu. Aku takut gadis itu akan jadi sasaran mereka." Balas Raja Eito.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now