S2 CHAPTER 17

749 93 14
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Keesokan harinya

Rin menuju ke ruangan Ace. Ace sudah bangun waktu itu.

"Kak Rin, Ace nak balik." Ujar nya perlahan, dia sudah mula tenang berbanding kemarin.

"Kejap lagi Atok Kagura ambil Ace. Kakak tahu Ace takut dengan orang tu tapi jangan risau, ramai orang yang akan lindung Ace sekarang." Kata Rin.

"Ace boleh lindung diri Ace sendiri, kakak dengan abang hati hati kat sini. Biarpun orang tu ayah kita, Ace boleh rasa dia dah tak macam manusia." Ujar Ace.

"Apa maksud Ace?" Tanya Rin.

"Aura dia berbeza.. ada yang pelik dengan orang tu." Kata Ace.

"Kakak tak faham maksud Ace, kenapa dengan orang tu." Tanya Rin lagi, wajah nya mulai cemas.

"Ace tak tahu nak cakap macam mana, tapi kakak hati hati." Balas Ace.

Rin diam kerisauan..

"Ace balik dulu." Ujar nya.

"Tapi Atok kagura belum sampai?" Kata Rin.

"Takpe, Ace boleh balik sendiri." Katanya kemudian membuka pintu teleportasi membuat Rin terkejut.

"Kakak dah dengan pasal pintu ni dari Raizo, tapi macam mana Ace boleh guna ability Kawaze sensei?" Tanya Rin.

"Ace boleh guna ability yang Ace pernah nampak." Jawabnya.

"Maksud nya? Ability kakak pun Ace boleh guna?" Tanya Rin lagi.

Ace mengangguk.

"Wahh hebatnya.." ujar Rin kagum..

"Ace balik dulu."

Rin hanya mengangguk kemudian Ace masuk ke pintu teleportasi nya.

Rin pun keluar dari ruangan itu.

Di depan pintu,

"Ace mana?" Tanya Raizo.

"Dia dah balik." Jawab Rin.

"Tak nampak pun dia keluar."

"Dia pulang dengan pintu teleportasi."

"Ouhh pintu teleportasi.." balas Raizo namun wajahnya tampak sedang tertanya tanya.

"Ha arh, dia kata dia boleh guna ability yang dia pernah nampak." Ujar Rin.

"Hurm patutlah, kekuatan Ace memang berbeza dari kita." Kata Raizo.

"Hmm tula," balas Rin

"Dah jom pergi academy." Kata nya lagi.

Raizo hanya mengangguk.

***

Pintu teleportasi muncul di halaman rumah Kagura.

"Ace, kamu baik baik saja?" Tanya Kagura.

Ace mengangguk.

"Ohayyou gagak hitam, kebetulan sampai sekali." Ujar Zenmaru yang baru melangkah masuk ke halaman rumah.

"Oh Zenmaru, kamu sudah selesai bertugas?" Tanya Kagura.

"Tidak, aku cuma pulang sebentar. Petang nanti aku kembali bertugas." Jawab Zenmaru.

"Orang tua ni kerja apa?" Tanya Ace kepada Kagura.

Zenmaru memandang tajam..

"Orang tua? Siapa? Aku ?" Ujar Zenmaru.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now