CHAPTER 3

993 106 0
                                    

"Siapa kau? " Tanya Kazuke sekali lagi mengejutkan Ace.

Ace hanya diam..

Dia berniat  keluar dari kelas itu untuk mengelak pertanyaan Kazuke. Tapi dia merasa ada yang aneh pada lengan kirinya.

Dia menggenggam lengan nya dan kembali duduk semula.

"Kau kenapa?" Tanya Kazuke.

Ace hanya menggeleng.

Kazuke mendekati Ace. Dia melihat Ace menahan sesuatu di lengan kirinya itu.

"Lengan kau kenapa?" Tanya Kazuke.

Ace tetap diam.

Melihat hal itu, Kazuke pun menyingkirkan tangan kanan Ace dan menaikkan lengan baju di sebelah kiri nya.

Dia melihat sesuatu yang mengerikan. Urat lengan Ace timbul dan kulitnya memerah di satu kawasan. Dan lebih mengejutkan, terdapat simbol yang terukir di lengan Ace.

"Kutukan iblis." Kata Kazuke.

"Hah?" Tanya Ace dengan suara nya yang kecil.

"Ni tanda kutukan iblis." Jawab Kazuke.

"Kutukan?"

"Kau tak tahu? Sejak bila benda ni ada dekat lengan kau?" Tanya Kazuke lagi.

"3 hari lalu,  lepas latihan." jawab Ace.

"3 hari yang lalu!? " Ujar Kazuke dengan suara yang agak keras kerana terkejut.

Ace melihat Kazuke dengan wajah kehairanan.

"Benda ni salah satu cara untuk iblis sebarkan darah diorang untuk mengubah manusia jadi roh jahat." Riak wajah nya kembali seperti biasa ketika mengatakan hal itu.

Ace teringat kembali ketika dia berlatih sendirian di belakang rumah, dia terlelap di sana dan tersedar kembali apabila merasa ada sesuatu yang menyentuh lengan nya.

"Ace akan jadi roh jahat?" Tanya nya perlahan.

"Selagi darah iblis belum sampai ke jantung kau, kau takkan berubah jadi roh jahat. Sepatutnya penyebaran ni cuma ambil masa sehari, tapi peliknya, darah tu masih ada kat dalam urat lengan kau walaupun dah 3 hari berlalu." Ujar Kazuke.

Ace hanya diam membisu.

"Tapi, cepat atau lambat darah tu akan sampai kat jantung kau juga." Sambung nya lagi.

"Apa Ace kena buat?" Tanya Ace perlahan.

"Kau kena singkirkan darah iblis yang ada kat lengan kau." Jawab Kazuke.

"Singkirkan?." Ace bertanya dengan wajahnya yang tiada reaksi.

"Iya tapi benda tu perlu di buang oleh orang yang ada bakat medis."  Balas Kazuke.

"Orang lain?" Ujar Ace kemudian menggelengkan kepala nya.

"Habis tu kau nak berubah jadi roh jahat?" Balas Kazuke

Dia menggelengkan lagi kepala nya.

"Banyak orang yang berbakat medis kat academy ni, nak taknak kau kena buang juga benda tu." Ujar Kazuke.

Ace diam seketika.

"Takde guna kau degil macam ni." Ujarnya lagi.

Ace diam seketika.

"Ace ada alasan."  Kata nya dengan wajah yang kosong.

"Darah kau ke? Jadi memang betul lah benda tu darah kau?."  Ujar Kazuke.

Ace mengangguk dengan ragu dan...

Kelas itu sunyi seketika.

"Kalau macam tu, aku yang akan buang." Kata Kazuke secara tiba tiba.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now