CHAPTER 4

942 111 4
                                    

~Iblis adalah makhluk yang berusaha menakhluk bumi. Mereka tidak lagi menunjukkan diri setelah dikalahkan dalam peperangan antara 6 Tsuki kenshi dan Raja Iblis Zenmaru yang di gelar sebagai Perang Dunia Pertama . Iblis tercatat di dalam buku lagenda setiap kerajaan sebagai makhluk keji yang berasal dari dunia kegelapan.

Walau tidak lagi menampakkan diri, mereka masih meneruskan misi penakhlukan mereka melalui manusia yang dijadikan roh jahat.~

"Oleh kerana itu, Academy khas untuk melahirkan para hunters mula didirikan setelah roh jahat muncul." Ujar seorang gadis yang berada di belakang Ace sejak tadi.

Ace terkejut lalu terus menutup buku yang dibacanya. Dia tidak mengendahkan gadis tadi dan terus berdiri untuk keluar dari perpustakaan.

"Erhmm.. kenapa?" Gumam gadis itu kehairanan sendiri.

Dia mengejar Ace sehingga ke pintu perpustakaan dan kebetulan Sai lalu di sana.
Ace terus menarik lengan baju Sai apabila melihatnya.

"Ace? Kenapa?" Tanya Sai.

Kemudian gadis tadi muncul di hadapan mereka.

"Ohayyo Sai.." Sapa gadis itu.

Ace bersembunyi dari gadis itu di belakang Sai namun masih kelihatan.

"Ohayyo Mirae, baca buku lagi ke?"  Tanya Sai.

"Iyaaa, ermm tapi siapa budak kat belakang kau tu?" Tanya Mirae kehairanan.

"Ouhh ni adik sepupu aku, Ace." Jawab Sai.

"Ohh, dia ni kan satu satunya pelajar yang lulus ujian masuk tahun ni?"

"Ha arh.." jawab Sai lalu menarik Ace berdiri di sebelah nya.

"Ohayyo Ace, sorry sebab kejutkan Ace tadi." Kata Mirae sambil melambai tangan nya.

Ace hanya mengangguk sambil menarik narik lengan baju Sai.

"Sorry Mirae, aku ada urusan dengan Ace. Kami pergi dulu." Kata Sai yang merasa agak aneh dengan sikap Ace.

"Ohh okay, jumpa lagi Ace." Balas Mirae sambil melambaikan tangan nya pada Ace.

Sai dan Ace pun beredar dari situ kemudian kembali ke kelas.

***

Mereka tiba di kelas dan hanya Kazuke yang ada di ruangan itu.

Ace duduk di kerusi nya. Sai pula mengambil kerusi dan duduk di tepi Ace.

"Ace, kau kenapa?" Tanya Sai.

"Takde." Jawab Ace perlahan.

"Habis tu tadi kenapa kau takut dengan Mirae." Tanya Sai.

"Ace.. tak kenal dia." Jawab nya dengan ragu.

"Mirae tu baik lah, kau tak payah takut dengan dia." Kata Sai.

"Ace kena kawan dengan dia?" Tanya Ace.

"Itu pilihan Ace.." jawab Sai.

Ace hanya mengangguk faham.

"Ace... Kau kena cuba ubah diri kau sendiri, sampai bila kau nak macam ni." Tegas Sai.

"Ubah diri?" Tanya Ace kebingungan.

"Budak tu bodoh ke apa." Gumam Kazuke sendiri sambil mendengar perbualan Sai dan Ace sejak tadi.

"Hmm takpe lah, suatu hari nanti kau akan faham juga." Kata Sai.

Ace masih diam kebingungan.

"Sai marah?" Tanya Ace perlahan.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now