S2 CHAPTER 30

1.1K 122 69
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

"Ke..na..pa takde kesan?" Ucap Ace kemudian melukai tangan nya lagi.

Namun tetap saja tiada apa yang berlaku.

Dia melukai dirinya berkali kali seperti orang tidak waras..

"Ace, dah.." ujar Kazuke menahan tangan Ace.

"Lepas, ni semua salah aku." Kata Ace.

"Dah lah, ni bukan salah kau faham tak!." Balas Kazuke.

Zenmaru melihat ada yang aneh, dia pun meletakkan telapak tangan nya ke dahi salah satu jasad hunters kemudian menutup mata nya.

Dia terkejut lantas menyingkirkan tangan nya.

"Kenapa?" Tanya Raizo.

"Aku tak nampak jiwa dorang kat mana mana tempat." Ujar Zenmaru.

"Apa maksud kau?" Tanya Ace.

"Sepertinya ini perbuatan Raja Iblis Uraka." Kata Zenmaru.

"Raja iblis? Mustahil? Kami tidak mengesan apa apa aura iblis yang kuat malam tadi." Ujar Kuroko.

"Itu ability Khas Raja Iblis Uraka, dia mampu sembunyikan hawa keberadaan nya dan menelan jiwa seseorang." Kata Zenmaru.

Ace tertunduk marah apabila mengetahui semua itu adalah ulah iblis.

"Maksud kau apa yang jadi dekat bawahan aku disebabkan raja iblis tu?" Tanya Ace lagi.

Zenmaru diam gementar merasakan aura mata reiketsuna Ace saat ini.

"Jadi maknanya jiwa dorang ada kat Raja Iblis tu?" Tanya Ace lagi.

"I...ya.." jawab Zenmaru ragu.

Hachiro yang baru saja turun tercengang melihat situasi perkarangan balai saat ini.

"Hujan ini tercipta dari energi Shizen seseorang. Dan mata gadis itu.. kenapa aku gementar melihat gadis itu saat ini." Ujar Hachiro.

"Tuan, seperti nya gadis itu...." Kata salah satu pengawal nya.

"Mata merah, rambut hitam dan lihat tangan nya.. simbol itu.." kata salah satu pengawal nya lagi.

"Jangan bilang gadis itu adalah Kiyomizu Ace.?" Ucap Hachiro yang sedang terkejut besar.

Ace tiba tiba mengeluarkan aura hitam dari energi Maho yang besar membuat beberapa hunters terlempar jauh..

"Ace.." panggil Kazuke kerana terkejut.

Hachiro terkejut besar melihat kejadian di hadapan nya.

"Maaf." Kata Ace kemudian melangkah pergi.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Zenmaru.

Tiba tiba suara muncul di minda mereka..

"Aku, Kiyomizu Ace mengishtiharkan perang kepada iblis!"

Suara itu kedengaran di minda manusia di seluruh dunia bahkan para iblis juga.

Hujan badai dan amukan lautan tiba tiba reda sebaik sahaja Asyura mendengar suara itu di minda nya.

"Ace.." gumam nya.

DI KERAJAAN SHETSUAN.

Beberapa Raja iblis yang sedang berkumpul tiba tiba terdiam kaku. Semua berpandangan antara satu sama lain.

"Apa ini ability telepati? Sama seperti milik Haruko?" Ujar Akuta.

"Gadis itu mengishtiharkan perang? Apa yang jadi?" Ujar Karma.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now