S2 CHAPTER 8

802 95 12
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Serangan iblis yang berlaku pada malam itu terhenti berkat Ace. Para penduduk kota dipindahkan ke area selamat kerana kota yang baru sahaja menjadi medan perang masih dibanjiri mayat para iblis. Para hunters pula sedang berusaha mengangkat mayat rakyat yang tewas akibat kejadian itu.

Ace dan Kaito yang masih tidak sedarkan diri dibawa ke rumah Kagura.

Rin membersihkan tubuh dan wajah Ace yang dipenuhi darah. Dia juga sempat tertanya tanya tentang robekan dan cairan putih yang ada di baju Ace.

Seusai itu, Ace dibaringkan di katil nya manakala Kaito di baringkan di sofa bilik Ace.

Yang lain turut berkumpul diruangan itu.

"Apa yang jadi sebenarnya? Bagaimana Ace memiliki energi Maho Zenmaru? Bagaimana putera kerajaan Gesshoku ini berada di sini bersama Ace? Apa yang terjadi di sana?" Tanya Kagura bertubi tubi.

"Rin tak tahu, tapi masa Rin diserang iblis.. Ace tiba tiba muncul kat pintu gerbang, lepastu Rin ingat badan Rin dah penuh luka parah dari serangan iblis, tapi masa Rin sedar. Takde apa apa yang jadi dengan Rin, takde luka langsung" Ujar nya.

"Berkemungkinan ada sesuatu yang berlaku di kerajaan Gesshoku menyebabkan mereka berdua lari ke kerajaan ini." Ujar Wayami.

"Tapi apa yang terjadi kepada Puteri sungguh ajaib." Sambung nya lagi.

"Pedang bulan utama.. mana pedang itu?" Ucap Zenmaru yang dari tadi kelihatan cemas.

"Pedang bulan utama? Maksud mu?" Tanya Kagura.

"Pedang yang gadis seperti gagak hitam ini miliki." Ucap Zenmaru, gaya tutur bicara kuno nya kembali lagi.

"Gagak hitam? Adik aku yang cantik ni dia panggil gagak hitam." Gumam Raizo.

"Maksud mu ini?" Ujar Kagura sambil menghulur pedang milik Ace.

"Iya.. ini pedang milik Hwayuki, bagaimana gadis ini memiliki nya?" Tanya Zenmaru.

"Pedang ini diwariskan kepada Ace oleh ayah angkat kepada ibu nya. Pemimpin organisasi hunters terdahulu." Jawab Kagura.

Semua yang ada di ruangan itu lantas terkejut.

"Maksud mu Tuan Yamado? " Tanya Wayami.

"Iya benar, ibu Ace adalah anak angkat kepada Tuan Yamado. Hikari, dan ayah nya adalah Putera tunggal Yang Mulia Raja Tarama, Putera Haruka yang meninggalkan Keluarga Diraja." Jawab Kagura.

"Jadi gadis ini cucu Yang Mulia?" Wayami tidak sengaja membesarkan suaranya kerana terkejut.

"Maaf kerana aku merahsiakan nya." Kata Kagura.

Sai, Shiro, dan Asyura juga terkejut kerana baru mengetahui hal itu. Kazuke pula sejak awal sudah menduga hal itu.

Rin dan Raizo berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar nama Hikari.

"Ibu?" Kata mereka serentak.

"Puteri dan Putera mahkota juga?" Tanya Wayami.

Kagura diam seketika.

"Sebenarnya, ibu kandung Rin dan Raizo berbeza dari ibu Ace. Ibu kandung kamu berdua adalah salah satu keturunan penerus dari Klan keneko. Ayah kamu meninggalkan istana kerana Raja Tarama menentang perkahwinan ayah mu dan ibu mu yang merupakan keturunan penerus. Tapi ibu kamu meninggal setelah melahirkan kamu berdua dan kemudian Haruka mengahwini ibu Ace, anak angkat Tuan Yamado. Ace terlahir setelah itu namun ibunya mati didepan matanya ketika masih berusia 3 tahun." Ungkap Kagura.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now