CHAPTER 30

742 100 7
                                    

3 hari berlalu sejak kejadian itu dan Ace sudah sedar namun dia tidak membiarkan orang lain mendekatinya. Sikap lama nya yang sentiasa takut akan orang lain kembali lagi.

"Ace belum makan apa apa sejak haritu. Takde apa yang nak Ace takutkan." Ujar pembantu yang ditugaskan untuk merawat Ace. Wanita itu bernama Yumi.

Ace hanya diam berpeluk tubuh di penjuru bilik nya.

Kaito masuk ke bilik Ace dengan pakaian seragam academy.

"Dia belum makan lagi?" Tanya Kaito.

"Belum, dia tak bagi saya dekat dengan dia."  Balas Yumi.

Letak makanan tu atas meja, nanti saya datang balik.

Kaito keluar dan masuk ke bilik nya untuk mengambil shawl renda miliknya kemudian dia kembali ke bilik Ace.

Dia mendekati Ace.

"Tuan Kaito nak buat apa." Tanya Yumi.

Kaito tidak menjawab dan hanya melangkah maju menghampiri Ace. Ace tidak mampu berbuat apa apa selain menangis ketakutan.

Kaito melilitkan shawl tadi di leher Ace dengan berhati hati sambil berkata...

"Kalau macam ni dah takde yang sentuh leher kau kan? " Ujar nya membuat tangisan Ace terhenti.

Ace memandang Kaito yang ada dihadapan nya. Wajah dingin namun perlakuan nya menghangatkan hati persis seperti Kazuke. Hal itu membuat Ace tenang.

"Kau masih takut lagi ke?" Tanya Kaito.

Ace menggelengkan kepala nya.

"Kalau macam tu duduk kat katil, lantai ni sejuk." Kata Kaito.

Ace mengangguk kemudian berdiri dan duduk di katil nya, setelah itu Yumi mendekati Ace untuk memberinya makan namun Ace menjauh dan bersembunyi di belakang Kaito.

"Ermm.. maaf Tuan Kaito, nampak nya dia masih tak biasa dengan saya." Ujar Yumi sambil tersenyum.

"Kak Yumi keluar lah dulu, biar saya yang urus budak ni." Kata Kaito.

"Tapi, Tuan kena pergi Academy sekarang.. dah lewat ni." Ujar Yumi.

"Takpe.. saya boleh pergi sebelah petang, latihan pagi ni tak penting sangat." Balas Kaito.

"Baiklah kalau macam tu," kata Yumi kemudian keluar dari bilik Ace.

Kaito mengambil makanan yang ada di meja kemudian duduk di tepi Ace.

"Kau boleh makan sendiri kan?" Tanya Kaito sambil menghulur makanan tadi.

Ace mengangguk dan mengambil makanan itu, dia makan dengan perlahan kerana tubuh nya masih terlalu lemah.

Setelah selesai makan, Kaito membawa bekas makanan itu keluar.

"Kalau ada apa apa panggil Kak Yumi." Katanya sebelum keluar.

Ace hanya mengangguk.

Setelah itu, dia tidur semula.

****

Beberapa jam kemudian, Ace terjaga dan hari sudah pun petang. Dia mengambil tuala dan terus mandi.

Seusai mandi, dia hanya duduk di bilik nya sambil memandang ke taman dari jendela bilik nya. Dia tidak berani untuk keluar sama sekali.

Pintu di ketuk.. Yumi memasuki bilik itu.

"Ace belum makan tengahari kan. Saya ada bawakan makanan untuk Ace, nanti Ace makan ye." Kata Yumi kemudian terus keluar dari bilik itu. Dia tidak berlama lama di sana kerana takut Ace ketakutan lagi.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now