S2 CHAPTER 18

694 87 0
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Seminggu kemudian

Ace hanya duduk di rumah dan tidak keluar sama sekali. Kagura dan Zenmaru bergilir menjaga Ace dirumah. Tapi hari ini kedua duanya tidak dapat menemani Ace dirumah.

"Atok ada urusan di istana." Kata Kagura.

"Aku juga ada tugasan di balai hunters." Ujar Zenmaru.

"Takpe, Ace boleh sendiri kat rumah." Balas Ace.

"Tidak boleh, kamu tidak boleh sendirian di rumah. Atok masih trauma dengan kejadian yang menimpa mu sebelum nya." Ujar Kagura.

"Jadi macam mana?" Tanya Zenmaru.

"Di istana ada orang itu jadi tidak mungkin Ace mahu mengikuti ku. Bagaimana jika kau membawanya bersama ke balai." Kata Kagura.

"Oh itu tidak mungkin, aku sibuk dan tiada masa untuk menjaga nya." Ujar Zenmaru.

"Ouh benarkah begitu?.. kalau begitu Ace perlu ikut bersama Atok." Kata Kagura sambil memandang Ace.

"Tak, Ace ikut si tua bangka ni." Kata Ace dengan pantas kerana tidak mahu mengikuti Kagura ke istana.

"Aku dah kata aku sibuk, aku takde masa nak urus kau kat sana." Ujar Zenmaru. Panggilan tua bangka itu sudah tidak asing baginya.

"Aku cakap aku ikut kau je bukan nya suruh kau jaga aku." Balas Ace.

"Ish yelah yelah." Balas Zenmaru dengan pasrah.

"Baiklah kalau begitu, Atok perlu cepat. Kamu berdua jangan bertengkar di sana." Pesan Kagura.

Kedua duanya hanya mengangguk.

Kagura pun berangkat pergi, kemudian disusul pula oleh Zenmaru dan Ace.

***

Di academy, para pelajar tahun akhir sudah mula mengemas kelas masing masing. Kurang dari seminggu lagi mereka akan menjadi lulusan dari academy itu dan bakal bergelar hunters. Kerana peperangan yang diperkirakan bakal terjadi dalam masa terdekat, semua pelajar tahun akhir akan diluluskan dan diterima masuk ke organisasi hunters tanpa ujian saringan.

"Rasa sedih pula nak tinggalkan academy ni." Ujar Asyura.

"Kan, banyak yang kita lalui kat academy ni." Balas Shiro pula.

"Korang tahu tak dalam sejarah academy ni, kelas kita paling unik sebab ada 6 pelajar je." Kata Raizo.

"Haahahah tulah, pastu kau ingat tak dulu kelas kita selalu muram je tapi lepas Ace masuk semua berubah. " Kata Asyura.

"Betul tu, biarpun dia terlalu pendiam kelas ni selalu bising sejak dia ada." Ujar Shiro

"Tapi yang paling banyak berubah Kazuke." Ujar Asyura lagi.

"Ada je kau nak kena kan aku." Balas Kazuke yang sejak tadi hanya duduk diam dengan fikiran yang kusut.

Asyura hanya tertawa kecil..

"Korang ingat tak masa aku gaduh dengan Ace, sampai sekarang aku masih rasa bersalah. Kenapa lah aku cakap macam tu kat dia." Ujar Sai pula.

"Aku faham perasaan kau waktu tu, tapi kesian juga la kat Ace. Kan waktu tu kau satu satunya yang rapat dengan dia." Kata Shiro.

"Kata kata Ace yang paling aku ingat waktu tu.. Sai satu satunya orang yang dia sayang dan satu satunya yang dia ada." Ujar Asyura tanpa peka terhadap seseorang yang memandang dengan sorot mata tajam dibelakangnya.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now