S2 CHAPTER 4

769 98 3
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Puteri Hwayuki punca semua kekuatan ni? Jadi macam mana dengan kekuatan element dari Raja Hwanung?!" Tanya Asyura dengan wajah bersemangat serta ingin tahu.

"Hwanung juga mendapat kekuatan itu dari kelahiran Hwayuki. Tapi itu hanya kekuatan Khas milik beliau, di dunia ini kekuatan itu dipanggil sebagai ability khas." Jawab Zenmaru.

Hal itu membuat mereka bingung..

"Ability khas? Jadi kenapa kekuatan tu dapat diguna orang lain dan jadi warisan turun temurun kat dunia ni?" Tanya Asyura lagi.

"Ability Hwanung adalah kekuatan 5 element yang dapat diterapkan kepada orang lain serta keturunan orang yang menerima kekuatan itu. Tapi kelemahan ability itu, pemilik sebenarnya tidak dapat menggunakan nya." Jawab Zenmaru.

Mendengar hal itu membuat mereka tersentak..

"Jadi.. Raja Hwanung tak dapat guna ability tu?" Tanya Asyura.

Zenmaru mengangguk.

"Kerana tidak dapat menggunakan kekuatan itu, Hwayuki dan Hwanung pun mencipta roh yang dimasukkan kekuatan Hwanung, dan Hwayuki mencipta jiwa baru dari belahan jiwanya sebagai pusat untuk roh itu. Hasil nya, terbentuk lah 5 roh element serta satu jiwa yang merupakan sebahagian jiwa Hwayuki. Kemudian 5 roh element dan belahan jiwa Hwayuki itu dijadikan pedang yang disebut sebagai pedang bulan. Ringkas nya pedang milik kalian berlima dan satunya lagi pedang bulan utama yang tidak tahu dimana keberadaan nya.." Ucap Zenmaru.

Mereka hanya terangguk angguk faham..

"Puteri Hwayuki hebat.." ucap Asyura.

"Gadis itu, walaupun jauh lebih muda dari ku.. dia amat digeruni serta dihormati di dunia kami. " Ungkap Zenmaru.

Ruangan itu menjadi hening.. hanya bunyi kipas yang kedengaran.

"Setelah mendengar cerita mu, aku yakin kau berkata benar tapi kami perlu membincangkan hal ini terlebih dahulu." Ucap Kagura.

"Percaya atau tidak, aku sama sekali tidak peduli." Balas Zenmaru.

"Kamu boleh keluar dulu bersama pengawal, kami perlu berbincang. Kazuke dan yang lain boleh kembali ke akademi kecuali Putera Raizo." Ujar Atsuko pula.

Zenmaru serta Kazuke, Sai, shiro dan Asyura pun keluar dari ruangan itu bersama pengawal istana.

Zenmaru di suruh duduk di luar bilik mesyuarat sementara menunggu para petinggi dan pemimpin klan berbincang.

****
Setelah beberapa jam.. Zemaru akhirnya di panggil.

"Huh, lenguh leher tidur di sini" ucap Zenmaru

Kemudian dia masuk semula ke ruangan.

Setelah perbincangan tadi, mereka pun setuju membiarkan Zenmaru tinggal sebagai rakyat biasa di kerajaan mereka untuk sementara waktu. Walaubagaimana pun terdapat sesetengah orang yang membantah sewaktu mesyuarat. Namun Raizo selaku Putera Mahkota memutuskan untuk memanfaatkan Zenmaru dan menerimanya di kerajaan Auzora.

"Kau akan tinggal di kerajaan ini dan membantu kami dalam peperangan yang kau katakan." Ucap Kagura.

"Baik kalau begitu, dengan senang hati." Balas Zenmaru.

"Soal pemilik pedang bulan, kami serahkan kepada mu. Kerana hanya kau yang mengetahui kebenaran disebalik pedang bulan ini, dan kalau benar kelima pemilik pedang bulan adalah senjata terbesar untuk peperangan nanti, kami mohon bantuan mu." Ucap Kagura dengan merendah diri.

"Sudah tentu aku akan membantu." Kata Zenmaru.

Mereka pun saling menundukkan diri antara satu sama lain sebagai tanda hormat. mereka melupakan status Zenmaru sebagai sosok Raja Iblis.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα