S2 CHAPTER 9

781 92 10
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Keesokan harinya..

Ace dan Kaito masih tidak menyedarkan diri, kerana itu Kagura dan yang lain belum mengetahui apa yang terjadi sehingga mereka berdua sampai ke kerajaan itu.

Di kota kerajaan pula,
Mayat mayat para iblis yang dipenggal hilang begitu saja dan yang tersisa hanya mayat iblis yang dikalahkan para hunters.

"Semua iblis yang budak tu kalahkan semalam dah lenyap. Hebattt.." Kata salah satu hunters.

"Kau jangan nak puji sangat, aku dengar budak tu sebenarnya Ratu Iblis, kata penduduk dari kota.. iblis iblis sembah budak tu." Balas rakan nya.

"Eh biar betul?"

"Iyee, ramai yang cakap macam tu."

"kau nampak ke?" Tanya lagi seorang hunter.

"Tak sebab aku kat desa Nakano malam tadi." Jawab nya.

"Kalau tak nampak jangan cakap suka hati." Balas hunter tadi.

Seseorang mendengar perbualan mereka, dan orang yang mendengar perbualan itu pula menceritakan hal itu kepada orang lain.. hanya beberapa jam, berita itu sampai dari mulut ke mulut dan menyebar di semua desa.

Nama Kiyomizu Ace telah menjadi buah mulut rakyat dalam masa sehari. Namun bukan lah berita baik tentang nya yang diperkatakan, sebaliknya berita tentang Kiyomizu Ace Ratu Iblis menjadi tajuk utama mereka.

Kagura meminta Wayami, Zenmaru, Raizo dan yang lain merahsiakan tentang Ace yang merupakan cucu kepada Yamado dan Raja Tarama dari orang lain.

****

Raja Tarama yang baru mengetahui tentang penyerangan iblis di kerajaan nya terus pulang bersama Permaisuri. Begitu juga semua hunters kerajaan yang menjalankan misi.

Istana di baik pulih dalam masa tidak sampai sehari.

Pada petang hari Raja Tarama tiba di istana, dia terus mengumpulkan semua pemimpin Klan setiap desa dan semua petinggi Hunter.

"Apa yang sebenarnya terjadi, aku dengar dari kerajaan Sana bahawa para iblis telah memunculkan diri dan menyerang kerajaan Auzora semalam." Ujar Raja Tarama.

"Iya Yang Mulia, tadi malam telah terjadi penyerangan dari para Iblis." Kata Wasaro.

Raja Tarama diam seketika.

"Kagura, aku dengar cucu mu Kiyomizu Ace berada di kerajaan ini dan dia adalah punca penyerangan besar besaran itu. Berita tentang nya telah menyebar hingga ke kerajaan seberang." Ujar Raja Tarama lagi membuat ruangan menyuarat istana sunyi.

"Siapa yang menabur kebohongan itu!!!" Bentak Kagura apabila cucu nya dituduh atas penyerangan itu.

"Maaf Yang Mulia, sebenarnya penyerangan itu terhenti kerana Kiyomizu Ace. Tanpa kedatangan nya semalam, mungkin kerajaan ini masih dalam bahaya dan ramai rakyat akan dibunuh." Ujar Wayami menyokong Kagura.

"Jadi apa yang ku dengar hanyalah omongan kosong belaka?" Tanya Raja Tarama lagi.

"Iya Yang Mulia." Jawab Wayami.

"Tapi bukan kah para iblis menyembah gadis itu dan gadis itu juga memiliki kekuatan iblis." Wasaro mula mengeruhkan keadaan.

"Kekuatan iblis...
Kagura? Boleh jelas kan kepada ku?" Ujar Raja Tarama.

"Aku sama sekali tidak mengerti apa yang jadi, cucu ku tiba tiba datang dengan aura energi Maho pada saat penyerangan berlaku. Dan entah bagaimana Putera kerajaan Gesshoku turut ada bersama nya sewaktu datang ke kerajaan ini."  Ungkap Kagura.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now