S2 CHAPTER 7

761 93 7
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Sebaik sahaja pintu gerbang terbuka...

wajah Ace ditempiasi percikan darah dari manusia yang ditebas oleh iblis dihadapan nya.

"MASA DEPANNYA GELAP, HITAM DAN KOSONG TAKDE APA APA"
kata kata Hayani bermain di fikiran nya.

Ace memandang kosong ke hadapan, darah yang memercik ke wajah nya itu adalah darah milik kakaknya, Rin.

Aura mata reiketsuna nya yang dari mula sudah membara jadi semakin marak, angin bertiup kencang di malam itu. cincin yang dipakaikan oleh Kaito untuk menahan energi nya hancur lebur, aura hitam serta cahaya putih yang terlalu besar keluar secara bersamaan dari tubuh nya membuat semua para iblis yang ada dikerajaan itu berhenti menyerang. Seluruh kerajaan dan kerajaan terdekat dapat melihat aura energi Ace yangan sangat besar sehingga bahkan mencapai ketinggian dari gunung tertinggi yang ada di kerajaan itu.

Kaito tersungkur jauh dan tidak menyedarkan diri kerana tekanan energi milik Ace. Manusia di sekitar gerbang juga turut pengsan.

"Itu energi Maho aku. Tapi aura tu dah becampur dengan aura energi mangetsu yang besar. Tapi sekarang bukan malam bulan purnama." Kata Zenmaru apabila melihat aura energi dari kejauhan.

"Apa maksud kau?" Tanya Raizo.

Zenmaru menggunakan mata reiketsuna nya untuk melihat punca energi itu.

"Gadis?." Ucap Zenmaru membuat yang lain bingung.

"Kenapa?" Tanya Raizo lagi.

"Manusia yang keluarkan energi Maho aku tu cuma seorang gadis." Kata Zenmaru.

"Macam mana benda tu ada kat dunia ni sedangkan Puteri Hwayuki dah balik ke dunia dia." Tanya Raizo.

"Hwayuki tak pernah pulang ke dunia kami lepas perang tu. Jadi kemungkinan ada seseorang yang memiliki cucuk sanggul tempat energi aku disegel." Jawab Zenmaru.

"Macam mana kau boleh nampak." Tanya Asyura.

"Ini salah satu kemampuan mata Reiketsuna, Mode Teisatsu. Tapi aku tak boleh guna lama sebab mode ni banyak menguras energi." Jawab Zenmaru.

"Aku pun boleh guna juga lah kan?" Tanya Kazuke.

"Iya, tajamkan 5 indera kau dan fokus pandang arah yang kau nak tengok. " Ujar Zenmaru.

Batas energi Zenmaru untuk menggunakan mode itu hanya sampai disitu.

Kazuke pun melakukan apa yang Zenmaru katakan. Dalam beberapa saat dia berjaya menggunakan mode Teisatsu dari mata Reiketsuna nya untuk kali pertama. Dia memandang dengan teliti manusia yang mengeluarkan energi besar itu.

"Ace..." Ucapnya sebaik sahaja dapat melihat dengan jelas.

"Ace? Maksud kau?" Tanya Shiro.

"Aura tu dari Ace." Kata Kazuke.

"Tak mungkin.. dia kan kat kerajaan Gesshoku. Kau tak salah nampak ke?" Tanya Shiro lagi.

"Tak.. aku yakin tu Ace." Jawab Kazuke.

"Siapa dia?" Tanya Zenmaru.

"Nanti kitaorang bagitahu." Ucap Kazuke lalu dia sekali lagi cuba menghancurkan kekkai itu.

"Jangan sia siakan energi kau." Ucap Sai.

"Tapi Ace...."

"Ye aku tahu perasaan kau, tapi kau sabar lah sikit." Ujar Asyura.

****

Setelah mengeluarkan energi yang besar, Ace mula melangkah maju.
satu persatu iblis dipenggal nya.
Para iblis itu tidak mampu bergerak kerana besar nya aura energi Maho milik Ace dan ditambah lagi dengan aura energi mangetsu nya. Dia bahkan setaraf salah satu bekas Raja Iblis mereka, iaitu Zenmaru.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now