S2 CHAPTER 22

731 97 17
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

Kamu bersepuluh adalah hunters yang bahkan belum menguasai 20 gerakan jurus asas . Jadi bagaimana kamu bisa mengetahui gerakan jurus yang seharusnya kamu tidak boleh pelajari selagi tidak mengusai gerakan jurus asas? Dan bagaimana kamu boleh menguasai nya dalam waktu yang singkat?" Tanya Kuroko.

Mereka hanya tertunduk diam, wajah mereka berkeringat.

"Sila jawab pertanyaan ku." Ujar Kuroko.

Mereka tidak mempu memberikan apa apa alasan kerana telah berjanji kepada Ace agar merahsiakan soal latihan dari nya. Ace yang melihat dari kejauhan mula rasa bersalah dan agak kesal setelah mendengar bahawa hunters tidak boleh mempelajari jurus lain selagi belum menguasai jurus asas.

"Sekali lagi ku tanya, bagaimana kamu bisa memperlajari jurus yang sepatutnya kamu tidak boleh pelajari.!" Tanya Kuroko lagi.

"Kenapa kami tak boleh belajar jurus tu hanya sebab kami tak kuasai jurus asas?" Tanya Fana membuat semuanya terkejut.

"Memangnya ada yang salah dengan hal itu? Apa kamu merasa layak mempelajari jurus yang berada ditingkat lebih atas jika jurus asas saja tidak mampu kamu kuasai." Ucap Kuroko.

Kata kata itu membuat Ace marah..

"Tapi kami mampu kuasai jurus jurus tu dah buktikan kami layak." Balas Fana membuat Kuroko terdiam.

Para hunters mengumpat Fana kerana melawan petinggi hunters.

"Sampai bila kami nak belajar jurus yang memang kami tak boleh kuasai?" Tanya Fana lagi.

"Kalau kau tidak mahu mengikuti cara ini, jadilah petinggi dan cipta divisi mu sendiri! Aku tidak akan menghalang apa yang ingin kau lakukan." Balas Kuroko membuat Fana terdiam.

Ace yang semakin kesal terus beredar dari sana dan berteleportasi ke tingkat atas atau lebih tepatnya ke pejabat Wayami.

"Ada apa apa yang ingin kau katakan lagi?" Tanya Kuroko.

Fana hanya diam menahan amarah nya.

"Jadi sekarang jawab, bagaimana kamu bisa mengusai jurus itu? Adakah salah satu dari kamu telah mengambil gulungan jurus rahsia?" Tanya Kuroko lagi.

Mereka hanya tertunduk diam..

"Aku tidak akan membenarkan sesiapa berganjak dari sini selagi kamu tidak menjawab pertanyaan ku." Kata Kuroko membuat hunters lain kesal kerana turut dilibatkan dalam hal itu.

***

Ace tiba tiba menerjah masuk pejabat Wayami.

"Ace, ada apa kamu ke sini secara tiba tiba?" Tanya Wayami.

"Macam mana nak jadi hunter tanpa lulus dari academy hunters?" Tanya Ace melulu.

"Hah? Kenapa kamu tiba tiba mempertanyakan soalan seperti itu?" Tanya Wayami terkejut.

"Ada caranya?" Tanya Ace lagi tanpa mengendahkan pertanyaan Wayami.

Seseorang yang mencuri dengar perbualan mereka tiba tiba masuk. Orang itu adalah pemimpin organisasi iaitu Morikawa.

"Adakah kamu ingin menjadi hunter?" Tanya Morikawa teruja.

"Tuan." Ucap Wayami sambil menundukkan diri.

"Iya." Jawab Ace.

"Kenapa? Apa yang membuat kan mu ingin menjadi hunter?" Tanya Morikawa lagi.

"Ace nak ubah para hunters." Jawab nya membuat ruangan itu menjadi sunyi.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن