CHAPTER 2

1.1K 123 2
                                    

Tiba di gelanggang, mereka memulakan pertarungan satu lawan satu secara berurutan. Lawan masing masing juga sudah ditentukan oleh Izuka Sensei.

"Baiklah, untuk pusingan pertama Asyura vs Shiro.
Ready...... STARTT..!!" Ujar Izuka sensei selaku pengulas perlawanan.

Shiro memulakan serangan dengan melaju ke arah Asyura. Namun dengan pantas dia mengelak serangan itu kemudian membalas semula.

Beberapa minit berlalu, mereka hanya saling mengelak dan menyerang menggunakan jurus shurasshu yang merupakan jurus asas bagi kenshi.

Setiap hunter yang diterima masuk dalam organisasi hunters perlu mempelajari seni pedang kerana pedang adalah senjata penting untuk membunuh roh jahat dan iblis.

Walaupun begitu, masih ramai pelajar academy hunters lebih memilih untuk masuk ke kelas type lain dan berniat mempelajari seni pedang setelah memasuki organisasi hunters nanti.

Bunyi geseran pedang yang tidak henti mula menarik perhatian beberapa pelajar dari kelas kategori lain. Dan disebabkan kehadiran para gadis dari kelas lain, Asyura mula hilang fokus terhadap perlawanan nya.
Dan pedang nya pun berjaya dijatuhkan oleh Shiro.

"Dah kalah? Ability pun tak sempat guna lagi." Kata Sai yang berada di sebelah Izuka Sensei.

"Nak buat macam mana, tahu sendiri kan perangai dia kalau nampak perempuan." Kata Izuka Sensei sambil tertawa kecil.

"Shiro, Asyura boleh keluar gelanggang." Arah Izuka Sensei.

Mereka pun keluar dari tengah gelanggang.

"Seterusnya Kazuke dan Ace sila ke tengah gelanggang."

Para gadis mulai bersorak nama kazuke, dan sorakan itu membuat lebih ramai pelajar kelas lain datang menyaksikan perlawanan mereka.

"Kenapa saya kena lawan budak ni? " Kata Kazuke dengan wajah kosong nya.

"Takde bantahan harap maklum.. sila ke tengah gelanggang." Kata Izuka Sensei tersenyum.

"Kalau dia lawan Raizo, boleh jadi medan perang gelanggang ni nanti." Kata Shiro kepada Asyura.

"Kalau dia lawan Sai pula, nanti perlawanan antara Ace dengan Raizo tak seimbang pula kan? Betul kan Shiro.." kata Asyura pula.

"Ha arh, kira macam tu lah kemungkinan nya." Balas Shiro.

Kazuke dengan terpaksa masuk ke gelanggang untuk berhadapan dengan Ace.

Dia menatap Ace dengan mata yang tajam.
Ace pula hanya berdiri dengan wajah tanpa reaksi nya.

Bunyi geseran pedang terdengar, para pelajar kelas lain mula bersorak.

Perlawanan itu lebih sengit berbanding perlawanan antara Shiro dan Asyura. Serangan Ace juga hampir mengenai Kazuke tapi dengan refleks kazuke yang pantas, dia dapat mengelak serangan Ace.

"Boleh tahan budak ni." Gumam Kazuke kemudian tersenyum sinis.

Energi Shizen mula dikeluarkan,
Dia menerapkan element petir pada pedang milik nya dan menyerang Ace dengan kecepatan yang berbeza dari sebelum nya.

"Kalau dia dah sampai guna ability, maknanya dia dah mula tercabar dengan kemampuan Ace." Kata Raizo.

"Saya akui tingkat penguasaan pedang Ace jauh di atas penguasaan Shiro dan Asyura. Kiyomizu Ace, pelajar kenshi yang menarik." Ujar Izuka sensei.

Di gelanggang, Ace mulai terpojok apabila Kazuke menggunakan ability nya. Dia hanya mampu mengelak serangan Kazuke namun tidak dapat menyerang kembali.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now