CHAPTER 25

855 101 2
                                    

"Budak tu dah kenapa tesengeh macam tu." Ujar Shiro.

"Dia pendang rendah dekat Ace ke." Sambung Mirae pula.

"Ouh, kesilapan yang besar." Ucap Asyura yang sudah lama terlepas dari ilusi cinta Akiko.

Di gelanggang, Shinjiro dan Ace sudah mengambil tempat masing masing.

"Baiklah, perlawanan ini bermula sekarang..!!"

Ace mengeluarkan pedang dari sarungnya, begitu juga Shinjiro. Mereka saling menghunus pedang dan menyerang, bunyi geseran pedang mulai kedengaran.

Seperti biasa, refleks Ace untuk mengelak serangan lebih pantas dan gaya serangan nya juga tidak kurang hebatnya sehingga menarik perhatian para petinggi.

"Hebat gadis itu." Ucap Jouda.

"Gadis itu adalah satu satunya kenshi wanita dan pelajar termuda di academy kami." Balas Wayami pula dengan bangga.

"Berapa usia nya?"

"16 tahun. Dia lulus ujian masuk academy walaupun hanya memperolehi 50% markah."

"50%? Bagaimana dia boleh diluluskan dengan markah sebegitu."

"Saya harap Tuan Jouda tidak terkejut. Gadis itu memperoleh 0% markah pada ujian bertulis namun mendapat markah penuh pada ujian memburu. Dan selebihnya pada ujian perlawanan." Ujar Wayami.

Para hunters yang berada berdekatan mereka turut terkejut mendengar hal itu.

"Hah.. markah penuh pada ujian memburu? Itu mustahil!!!." Ujar Jouda lagi.

"Iya itu sangat mustahil, tapi ada yang lebih mengejutkan."

"Apa yang lebih mengejutkan?"

"Dia mengalahkan 8 roh jahat dalam ujian itu."

Jouda tersentak, begitu juga hunter bawahan nya.

"Jangan bergurau.. jumlah itu sudah cukup untuk menerima gelar Hunter lagenda." Ujar Jouda.

"Kami sendiri terkejut mendengar hal itu, kerana pada ujian perlawanan dia hanya memperoleh 10% markah." Balas Wayami.

Jouda terdiam seribu bahasa setelah mendengar hal itu.

"Padahal gadis itu tidak mempunyai energi shizen.. tapi dia mampu mengalahkan roh jahat dengan jumlah sebegitu. Dia membuat para petinggi academy dan bahkan kami para petinggi hunter terkesan dengan pencapaian nya dan kerana itu hanya dia yang diluluskan tahun ini."

"Itu terlalu hebat untuk gadis muda seperti itu. Sulit untuk saya mempercayai nya." Kata Jouda.

Wayami hanya tersenyum kemudian mereka kembali melihat perlawanan.

Setelah 4 minit berlalu, Shinjiro mulai geram kerana semua jurus serangan nya tidak dapat menyentuh tubuh Ace sama sekali. Sebaliknya lengan dan kakinya yang terluka akibat serangan biasa dari Ace.

Shinjiro senyap senyap mengaktifkan ability cermin nya. Tanpa Ace sedari sebahagian gelanggang sudah di kelilingi cermin dan Shinjiro tiba tiba menghilang.

Ace memandang sekeliling dan terkejut melihat di sekitar nya ada susunan cermin sebesar dirinya. Dan lebih mengejutkan lagi, Shinjiro berada di dalam kesemua cermin itu.

"Kau takkan dapat serang aku kalau macam ni kan." Ujar Shinjiro dengan sinis.

Ace hanya diam memerhati kesemua cermin kemudian menutup matanya.

"Aku cuma perlu cari yang asli." Katanya di dalam hati. Matanya masih tertutup dan dia cuba merasakan sesuatu.

Para penonton melihat Ace kehairanan.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now