S3 CHAPTER 1

659 93 14
                                    

SEASON 3: HUNTERS WAR

Seluruh hunters dari kerajaan serata dunia telah berkumpul di balai organisasi hunters kerajaan Auzora. Setelah dihitung, sekitar 200 000 hunters dapat mereka kumpulkan untuk peperangan yang akan dimula 6 hari ke depan.

Sementara itu, para hunters menerima latihan khusus dari Hwangko, Zenmaru dan sudah tentu Ace juga.

Namun, walau sudah terbuktinya kekuatan Ace dihadapan para hunters lain, tetap saja masih ada sebilangan hunter yang tidak berpuas hati dengan sanjungan nama terhadap Kiyomizu Ace. Terutamanya petinggi divisi termuda dari kerajaan lain.

Sekumpulan hunters yang baru tiba di balai hunters kerajaan Auzora berjalan menuju balai utama. Di sepanjang jalan mereka hanya mendengar para hunters lain menyebut nama Ace dan itu membuat ketua dari kumpulan itu rasa terhina kerana kedatangan mereka tidak disambut oleh sesiapa.

Tiba tiba Ace lalu di hadapan mereka.

"Berambut hitam? Mata merah dan simbol bulan sabit hitam? Dia ke Kiyomizu Ace?" Ujar hunters bernama Arizou. Dia seorang petinggi divisi hunters termuda di kerajaan nya, berusia 26 tahun.

"Iya Tuan." Balas bawahan nya.

"Dia jadi petinggi padahal lebih muda 10 tahun dari aku?" Ujar nya tersenyum sinis.

"Sekuat apa pun dia, aku mesti dapat masuk minda dia kan?" Tanya Arizou.

Arizou memiliki ability untuk mengambil kendali atas tubuh seseorang dengan memasuki minda orang itu.

"Tuan yakin ke? Dari apa yang saya dengar Kiyomizu Ace sangat bahaya, sebaiknya Tuan jangan usik budak tu." Kata bawahan nya yang merupakan sahabatnya sendiri, dia bernama Isoya.

"Bahaya? Kita tengok siapa lagi bahaya." Balas Arizou

Isoya mendesah melihat sikap sahabatnya yang kurang matang walau sudah menjadi salah satu petinggi.

Arizou mengikuti Ace dari belakang, begitu juga sahabatnya Isoya.

Secara senyap senyap Arizou cuba memasuki minda Ace. Dia menutup mata perlahan dan menyambungkan minda Ace kepada mindanya.

Ace tiba tiba rebah jatuh membuat yang lain terkejut. Para hunters yang lain heboh namun tidak berani mendekatinya.

Arizou tersenyum sinis.

"Semudah ini?" Gumam nya.

Dia berjaya mengambil alih tubuh Ace dalam masa yang singkat. Namun kerana telah memasuki minda Ace, ingatan Ace turut terlihat oleh Arizou.

Satu persatu ingatan dari Ace terlintas di minda nya..

Namun, baru beberapa cebis imbasan ingatan yang terlihat oleh nya, dia terus menjerit ketakutan dan memutuskan sambungan minda Ace dari minda nya.

Ace terus sedar kembali, dia berdiri dalam keadaan bingung lantas menoleh ke belakang.

Arizou terduduk di tanah, dia berundur sambil menangis melihat Ace.

"Tuan kenapa?" Tanya Isoya.

Para hunters yang lain juga turut berkumpul mengelilingi Arizou.

Ace menuju ke arah mereka..

"Ada apa?" Tanya Ace kehairanan.

Arizou gementar melihatnya.

"Arizou, kau dah kenapa?" Tanya Isoya lagi, dia sudah tidak memanggil sahabatnya itu sebagai Tuan.

"Macam mana dia boleh hidup dengan ingatan macam tu? Macam mana dia boleh bertahan hidup dengan masa kecil macam tu? Macam mana... Macam mana..." Ucap Arizou gementar, dia seperti orang tidak waras.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now