CHAPTER 21

773 102 6
                                    

"Siapa yang izinkan kau sentuh aku!" Ujar Kazuke dalam keadaan marah.

"Macam mana dia boleh lepas dari ilusi aku." Ujar Akiko.

Tanpa Ace sedar, lawannya iaitu Miyo telah mencipta jarum yang besarnya seperti sebilah pisau.
Kazuke memandang Miyo yang mula menuju ke arah Ace dan entah bagaimana ability petir nya muncul tanpa dia sedari sehingga dapat membuatnya bergerak sepantas kilat ke arah Ace lalu mendakap Ace tepat sebelum jarum itu mengenai tubuh Ace.

Serangan tadi pun tidak berhasil mengenai Ace.
Namun akibatnya, Kazuke yang menerima luka parah.

Para penonton terkejut melihat hal itu. Dapat menyaksikan kekuatan element dari bangsawan Murni kerajaan Aozora sangat langka bagi mereka.

"Elemen Klan Nakano."
"Wahh element petir."
"Boleh tahan budak lelaki tu."
"Keturunan bangsawan Murni rupanya."
Ujar penonton.

Namun, ada juga yang terpegun melihat tindakan Kazuke menyelamatkan Ace.

"Manis nya masa muda." Kata salah seorang penonton.

"Hahaha, pasangan yang serasi." Balas rakan disebelahnya pula.

"Huhu... adik aku dah jadi lelaki sejati." Ujar Kawaze dengan riak wajah sedih yang dibuat buat.

"Bangsawan Murni?" Ujar Izumi terkejut setelah melihat ability klan milik Kazuke.

"Tengok depan." Ujar Asyura yang berada di hadapan Izumi.

Izumi memandang ke depan lalu terbuang jauh dari gelanggang akibat serangan air Asyura.

Para penonton sekali lagi terkejut besar melihat kekuatan element air pula kali ini.

"Keturunan bangsawan Murni juga?" Ujar Izumi yang sekali lagi terkejut kerana serangan air Asyura yang merupakan kekuatan ability Klan dari bangsawan Murni kerajaan Aozora.

Shiro juga mengeluarkan ability tanah nya, lawan nya yang bernama Hiromi juga berjaya disingkirkan dari gelanggang hanya dengan satu serangan.

Para penonton mula bersemangat dan bersorak dengan gemuruh.

"3 bangsawan Murni kerajaan Aozora dalam kumpulan yang sama. Sensei diorang ni gila ke." Ujar Akiko.

Kazuke mengalahkan Miyo dengan serangan petirnya. Serangan nya agak berlebihan sehingga membuat gadis yang bertarung dengan Raizo turut pengsan terkena cahaya petirnya.

Dan sekarang yang tersisa hanya Akiko.

"Aku tak ada jurus pertempuran, macam mana aku nak lawan diorang ni." Gumam nya sendiri.

"Herm.. aku dah cakap si Akiko tu tak boleh jadi hunters! Ability dia tak berguna dalam pertempuran." Ujar salah satu pelajar kerajaan Gesshoku.

"Betul tu.. dah lah perangai pun buat menyampah." Balas rakan nya pula.

"Apa yang kau cuba buat tadi?" Ujar Kazuke dengan tatapan tajam.

"Korang tak kisah ke lawan dengan perempuan? Dan gadis bangsawan tanpa energi shizen tu, kau cuma nak jadi beban diorang ke?" Akiko sengaja mengatakan hal itu agar pihak lawan merasa ragu untuk menyerang nya.

"Kau yang guna jurus ilusi murahan tu lagi teruk dari orang tanpa energi shizen." Ujar Kazuke.

"Ace akan lawan dia " katanya sehingga membuat yang lain terkejut.

"Ace serius ke?" Tanya Shiro.

Ace hanya mengangguk.

"Biar jelah Ace yang lawan, lagipun dia perlu markah dalam perlawanan ni." Ujar Asyura.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now