CHAPTER 23

773 100 2
                                    

Mirae mendongak ke langit.. sepertinya matahari akan terlindung dari awan sebentar lagi.

Mirae menukarkan tangan nya seperti sedia kala. Dan itu membuat para penonton kehairanan begitu juga dengan Izumi.

"Apa yang Mirae buat?"
"Energi shizen dia dah habis ke?"
Ujar teman teman nya.

Shiro, Raizo,Rin hanya tersenyum sinis seperti tahu apa yang akan Mirae lakukan.

Izumi terus mengarahkan harimau dan serigala bayang nya ke arah Mirae, namun Mirae hanya mengelak serangan sambil menunggu masa yang tepat untuk menyerang kembali.

Sehingga lah matahari terlindung awan, dia tersenyum sinis. Haiwan bayang itu terhapus hanya dengan satu pukulan.

"Habis lah, aku tak dapat cipta bayang kalau macam ni." Ujar Izumi yang mulai cemas.

"Mirae terus menerja ke arah Izumi sambik mengeluarkan tangan besi nya. Izumi mengelak tumbukan Mirae namun dia terlambat menyedari kaki Mirae yang sudah hampir mengenai perutnya.

"Kaki takpe, jangan tangan besi ni yang kena sudah." Gumam Izumi.

Busshhhh..!!!!

Izumi terbuang jauh dari gelanggang.

Para penonton berdiri terkejut melihat hal itu.

"Ka...ki.. be..si.." ujar Izumi. Dia tidak menyangka Mirae dapat menukarkan kaki nya kepada besi seperti apa yang dia lakukan pada tangan nya.

Beberapa saat kemudian dia tidak menyedarkan diri.

"Upss.. aku telebih tendang ke tadi." Ujar Mirae.

"Perlawanan tamat!!! Senichi Mirae memenangi perlawanan ini.!!" Ujar pengacara

Rakan rakan nya bersorak besar kerana kemenangan Mirae. Para petinggi juga sampai berdiri bertepuk tangan kerana kagum dengan perlawanan tadi. Begitu juga para penonton lain..

Izumi di angkat oleh hunter medis untuk mendapatkan rawatan. Manakala Mirae kembali ke kerusi penonton.

"Hebat lah kau Mirae." Ujar Rin.
"Aku sangka kau dah menyerah lepas tukarkan tangan kau balik." Kata salah seorang rakan mereka.
"Tu teknik dia jelah, dah orang nya dari kelas Strategi." Ujar Shiro.

Mirae hanya tersenyum bangga dengan pujian itu.

Baiklah, tanpa membuang masa mari kita saksikan perlawanan seterusnya.."

Perlawanan ketiga hingga ketujuh berlalu begitu sahaja, setakat ini kerajaan Aozora telah memenangi 2 perlawanan dan 2 seri, manakala Kerajaan Gesshoku telah memenangi 3 perlawanan dan 2 seri.

"Seterusnya, mari kita saksikan perlawanan kelapan dari Tsukiko Fumio dan Nakano Kazuke."

Para penonton bersorak meriah setelah nama itu diumumkan.

Kazuke pergi kepentas tanpa berkata apa apa. Dan seperti biasa mereka memperkenalkan diri terlebih dahulu.

"Ohayyou... aku Fumio, 18 tahun." Katanya dengan bersemangat.

"Kazuke, 18." Balas nya ringkas.

Fumio hanya tersenyum kemudian mereka mengambil tempat masing masing.

"Baiklah, perlawanan kamu bermula sekarang!!"

Sebaik sahaja perlawanan mula, Fumio mengeluarkan ability nya iaitu tangan pedang. Dia hanya perlu merapatkan keempat jarinya kemudian menukar tangan nya menjadi pedang yang panjang.

Kazuke juga mengeluarkan pedang milik nya. Mereka serentak menyerang antara satu sama lain. Pedang mereka bertemu dan mereka saling berpandangan.

"Ability kau hebat, cuma itu akan jadi kelemahan besar kalau kau lawan dengan aku." Ujar Kazuke kepada Fumio.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now