S3 CHAPTER 3

571 57 27
                                    

SEASON 3: HUNTERS WORLD WAR

PUKUL 3 PAGI

Hampir seluruh kerajaan Auzora telah diserang iblis dengan tingkat kekuatan yang berbeza. Dan setakat ini seramai 51 hunters cedera parah dan 136 hunters dinyatakan tewas dalam peperangan.

Melihat kematian hunters membuat hunters lain hilang semangat. Rasa takut mulai menyelubungi diri.

Ace dan anggota divisi nya masih melihat dari jauh, Zenmaru mengarahkan mereka agar tidak menggunakan kekuatan mereka sekrang untuk menghadapi para raja iblis yang masih belum memunculkan diri.

Sekumpulan ksatria sedang bersembunyi di hutan.

"Gila.. ni semua sangat gila.! peperangan? Aku taknak masuk campur."

"Aku pun. Baru 3 jam tapi dah berapa ramai hunters terkorban."

"Kita pun akan terima nasib yang sama kalau terus maju dalam peperangan. Aku taknak."

"Lebih baik kita duduk diam kat sini. Kiyomizu Ace, Aku yakin dia dapat akhiri peperangan ni."

"Betul. Kita akan selamat kat sini sampai gadis tu habiskan semua iblis."

Ujar mereka dengan suara ketakutan.

"Aku tak yakin manusia akan menang peperangan ni." Ucap seseorang secara tiba tiba.

Mereka menoleh ke belakang. Lalu berundur ketakutan.

"Siapa kau..!!"

"Aura iblis. Dan sepertinya bukan iblis biasa."

"Biar aku perkenalkan diri. Aku Mao, salah satu dari 10 raja iblis di dunia manusia." Katanya sambil tersenyum lebar.

Mereka tersentak. Tidak mampu mengatakan apa apa.

"Lari dari peperangan ke? Hm memalukan." Ucapnya.

"Tak guna korang sembunyi kat sini. Kiyomizu Ace tak setanding para raja iblis, dia cuma manusia tanpa energi shinzen dan hanya bergantung pada energi mangetsu yang hanya mampu diserap ketika bulan purnama. Dan energi maho nya pula adalah energi yang hanya dicuri dari bekas raja iblis Zenmaru." Katanya lagi.

"Tapi, dia adalah dewi." Kata salah satu hunters."

"Dewi?" Mao tertawa besar.

"Aku masih baru sebagai raja iblis dan tak hidup dari ribuan tahun sewaktu zaman peristiwa Tsuki Kenshi jadi. Tapi aku yakin dewi korang sangat lemah! satu satunya dewi yang mendapat pengakuan para raja iblis adalah Hwayuki. Sedangkan Hwayuki pun perlu ambil masa untuk mengalahkan salah satu raja iblis sewaktu berperang, apatah lagi dewi korang yang perlu menghadap 12 raja iblis dalam peperangan ni."

Para hunters tadi tertunduk kecewa. Apa yang raja iblis Mao katakan ada benarnya.

"Hm tapi tak guna aku bagitahu korang semua tu. Manusia pengecut macam korang perlu mati." Ucapnya dan terus membunuh semua hunters yang lari dari peperangan itu.

"Bodoh. Manusia memang bodoh!!." Ucap Mao.

"Sekarang, masanya untuk jumpa SAHABAT KU
setelah sekian lama." Katanya lagi sambil tersenyum sinis.

*****

"Raja iblis muncul." Kata Ace.

"Raja iblis baru? Siapa dia?" Ujar Zenmaru.

"Maksud kau?" Tanya Raizo.

"Aura Raja iblis ni, aku tak kenal dan tak pernah jumpa dia. Dan rasanya dia bukan dari dunia bawah." Kata Zenmaru.

"Maknanya manusia?" Tanya Ace.

Zenmaru mengangguk.

"Macam mana manusia macam dia boleh jadi raja iblis? Dan.. siapa dia?." Fikir Zenmaru.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now