S2 CHAPTER 23

784 97 14
                                    

SEASON 2: HEADING TO WAR

HARI SETERUSNYA.

Berita tentang kapten divisi baru telah tersebar di seluruh kerajaan, namun tidak semua yang tahu bahawa Kiyomizu Rainawa adalah  Kiyomizu Ace.

Kagura sudah menemui Ace semalam, dia benar benar terkejut dengan apa yang berlaku. Padahal niat nya menghantar Ace ke balai hunters agar dia dan Zenmaru tidak bertengkar lagi namun lain pula jadinya.

Sekitar pukul 7 pagi.

Para hunters baru sudah memulakan latihan masing masing bersama kapten divisi mereka. Padang kini dipenuhi para hunters.

Di padang bahagian hujung, divisi Ace mula berlatih. Mereka tidak memakan keluasan padang yang besar kerana divisi itu hanya memiliki 200 anggota. Tidak seperti divisi lain yang mencecah 1000 anggota.

Ace berdiri di hadapan, manakala anggotanya duduk di tanah.

"Seperti yang korang semua dah sedia maklum, para hunters diwajibkan menguasai ilmu pedang, jadi hari ni kita akan berlatih pedang. Erm selain Kazuke, Raizo, Sai, Asyura dan Shiro, ada hunters lain yang dah kuasai jurus asas?" Ujar Ace.

Beberapa orang mengangkat tangan termasuk Rin dan Mirae. Walau di academy hunter hanya Kazuke dan 4 yang lain berada di kelas Sword, ramai pelajar kelas lain yang turut memiliki kemampuan berpedang.

"Kalau macam tu yang boleh gunakan jurus kat sebelah kanan dan yang tak boleh sebelah kiri." Arah Ace.

Mereka pun berpecah menjadi dua kumpulan. Kumpulan kiri 121 manakala kumpulan kanan 79 orang.

"Kumpulan kanan buat 20 gerakan jurus Surasshu secara serentak." Ujar Ace.

Mereka mengangguk faham kemudian memulakan gerakan jurus asas itu.

Ace kemudian beralih ke kumpulan kiri sementara kumpulan kanan berlatih.

"Baiklah, untuk korang.. ada sesiapa yang langsung tak nak belajar pedang?" Tanya Ace.

Tiada satupun menjawab.

"Aku taknak paksa sesiapa untuk kuasai benda yang orang tu sendiri tak nak, dan divisi ni berbeza dari divisi lain. Kita takkan ikut cara pelatihan dorang." Ujar Ace.

Semua nya kagum mendengar ucapan sang kapten.

"Jadi ada yang betul betul taknak belajar pedang?" Tanya Ace.

"Takde kapten!!" Ujar mereka serentak membuat semua hunters dari divisi lain memandang ke perkumpulan divisi 21.

"Kenapa divisi itu terlalu semangat? Sungguh berbeza dengan divisi ku T_T." Ujar Tanjiro, kapten divisi 8.

"Kalau macam tu sila fokus, aku akan buat 20 gerakan jurus Surasshu. Aku harap korang dapat tangkap pergerakan aku." Kata Ace.

Mereka mengangguk faham.

Ace melakukan gerakan itu secara perlahan, mereka fokus melihat pergerakan Ace, bahkan kumpulan kiri turut teralih fokus kepada Ace.

20 gerakan siap..

"Ada yang dapat tangkap semua?" Tanya Ace.

Seorang mengangkat tangan, dia bernama Senichi Hiromi. Hunters type strategi seperti Mirae.

Ace menyuruh nya kedepan dan melakuakn gerakan itu dengan tempo yang lebih laju.

Dia melakukan apa yang Ace suruh, dia sendiri bahkan terkejut kerana tubuhnya seakan bergerak sendiri apabila melakukan gerakan itu. Tangan nya juga terasa selesa.

𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧 (Slow update)Where stories live. Discover now