BAB 70

182 6 1
                                    

Sudah 2 minggu berlalu , namun Aizat masih belum sedar daripada koma. Tiada perubahan yang ada.

Zyra yang duduk di atas kerusi bersebelahan katil pesakit itu merenung melihat wajah suaminya. Sepanjang 2 minggu jugalah dia menangis. Tidak putus putus memohon doa agar Aizat segera sedar. Hatinya sudah tidak mampu menahan sedih. Hanya Allah sahaja yang mengerti isi hatinya.

Luluh hatinya setiap kali Qalish bertanyakan tentang papanya itu. Sudah berapa hari Qalish tidak mahu makan selagi papanya tidak sedar. Puas Zyra memujuk.

    "Abang... Bangunlah... Saya dalam keadaan yang teruk sangat without abang. Saya tak mampu buat kerja apapun... Hati saya risau. Tolonglah bang... Bangun.. Anak kita asyik tanya bila papa nak suapkan dia makan..." lirih Zyra sambil memegang erat jari jemari suaminya itu.

Sedang dia menangis , tiba-tiba terasa seperti jari jemari Aizat bergerak.
Zyra pantas memandang ke arah Aizat. Kelihatan kelopak matanya bergerak sedikit demi sedikit.

Dengan pantasnya , Zyra menekan butang panggilan.
 
   "Tolong panggilkan doktor yang bertugas sekarang ! Suaminya saya dah sedar ! Right now !" ujar Zyra tegas.

Dia segera memegang erat tangan Aizat.

  "Abang ? Abang dengar tak suara sayang ? Abang okay tak ni ?" soal Zyra bertalu-talu.

                                    ****

Aizat yang sedar dan telah diperiksa oleh doktor duduk bersandar di katil pesakit. Matanya memandang pelik ke arah Zyra.
Zyra terdiam.

    "Abang ... Ni Zyra ni... " ujar Zyra.

    "Aku tahu lah kau Zyra." jawab Aizat selamba.

Zyra tersentak. Sudah lama suaminya tidak berkata kasar seperti itu.

Namun Zyra akur. Doktor telah memberitahunya keadaan Aizat yang lupa ingatan hampir 40%. Ini menyebabkan ingatan Aizat hanya teringat Zyra semasa  mereka baru berkahwin.

   "Mama dengan papa mana ? Aku nak keluar dari hospital ni cepat cepat. Aku naik semak dah." ujar Aizat dengan wajah yang serius.

Zyra tersenyum kelat.

    "Dorang balik kejap nanti dorang datang melawat abang. Doktor cakap dalam dua atau tiga hari lagi baru abang boleh balik"

Aizat mengeluh kasar.

    "Susah cakap dengan kau ni. Aku warded sebab apa pulak dah ni ? Sakit gila kepala aku. Berdenyut-denyut macam nak meletus" soal Aizat sambil memegang dahinya berkerut.

Zyra terdiam. Entah apa yang patut diberitahunya kepada Aizat. Bimbang Aizat tidak percaya atau terkejut.

Aizat merenung dalam wajah Zyra yang hanya diam tak berkutik.

     "Kau ni pekak ke ? Time aku sakit sakit pun kau nak buat aku menyirap ek?"

Zyra tersedar daripada lamunannya.

     "Abang... accident. Dah hampir dua minggu abang tak sedarkan diri. Abang rasa macam mana? Okay ?"

Lagi bertambah kerutan di dahi Aizat.

Abang ? Abang ?

     "Wait... Abang ? Baru dua minggu aku tak sedarkan diri takkan dah terlepas banyak episode kehidupan aku dengan kau kot? Aku yang mimpi ke kau yang buat tabiat ni Zyra Hannan ?"

Zyra terdiam lagi. Sedih, pilu hatinya. Suaminya hanya mengingati memori di saat mereka berdua masih di awal perkenalan.

     "Awak rasa kita dah kawin berapa lama?" soal Zyra.

     "Engkau ni, baru je nak dekat sebulan kawin takkan kau tak ingat kot , agak ah." ujar Aizat.

Zyra tersenyum kelat.

    "Dah hampir empat tahun kita kawin. Kita pun dah ada anak, Qalish. Kita dah settle down and three of us were happy. Sangat sangat happy.... Awak tak ingat ke... Even sikit pun ?" Zyra menahan air matanya daripada gugur.

Aizat tersentak. Pandangannya kosong. Makin dia memaksa otaknya untuk mengingati apa yang berlaku, makin terasa sakit di kepalanya. Dia seolah-olah ingat namun semuanya seperti ingatan yang samar-samar. Antara ingat ataupun tidak. Dia sendiri tidak tahu.

     "Gila." sepatah keluar spontan dari mulut Aizat.

Dia kembali membaringkan tubuhnya.

     "Kau jangan cakap apa apa pun dengan aku. Aku serabut. Aku tunggu mama dengan papa datang."

Zyra hanya mengangguk faham. Enggan memberikan tekanan pada suaminya itu.

     "By the way, kau contact Imran suruh datang ambik aku nanti. Aku banyak lagi kerja yang tak settle kat office tu."

Sudah. Apa yang hendak dijawabnya Zyra.

     "Awak... Imran... dah takde... "

Serentak dengan itu Aizat terus bankit dari pembaringannya.

    "Kau ni gila ke Zyra? Kau jangan nak main-mainkan aku. Bodoh ke kau ni?!" suaranya sedikit lantang.

Sudahnya Zyra menangis.

     "Awak... Im dah meninggal tiga tahun lepas.... Awak tolongla sedar.... Tolong ingat balik..." rayu Zyra.

     "Kau keluar. Kau keluar sekarang. Makin mengarutlah kau ni ! Serabut aku !" jerkah Aizat.

Sungguh dia berasa tertekan dengan semua ini. Otaknya tidak dapat memproses apa yang sedang berlaku.

Zyra hanya menurut. Dia bimbang lebih banyak dia bercakap, Aizat akan menjadi lebih marah dan emosi.

      "Ya Allah ya tuhanku.... Dugaan apakah lagi yang menguji rumah tangga kami... Permudahkanlah urusan kami berdua. Kembalikan kesihatan suamiku." getu hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Mr Annoying !Where stories live. Discover now